KAEDAH KOD NOMBOR
Huruf-huruf jawi banyak menyukarkan pelajar untuk menghafalnya terutama pada pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Kaedah hafalan mungkin menjadi norma kebiasaan dalam mengenal huruf jawi. Kaedah menggunakan nombor sebagai KOD boleh membantu pelajar untuk mengingati dengan lebih mudah seterusnya membantu mereka membaca bunyi huruf dan perkataan Jawi.
Langkah 1: Menyediakan petak huruf beserta nombor
HURUF JAWI
KOD NOMBOR
ا ب ت ث ڽ ن
1
ج ح خ چ
2
د ذ ر ز4
3
س ش ص ض ط ظ
4
ع غ ڠ ف ڤ ق ك ݢ ل
5
م و ۏ ه ء ي
6
Langkah 2: Guru meminta pelajar untuk menyebut huruf yang terdapat pada petak mengikut kod nombor. Iaitu kod nombor 1,2,3,4,5 dan 6
Langkah 3: Pelajar diminta untuk menyebut huruf yang berada pada kod nombor 1 sehingga mahir dan betul
Langkah 4: Pelajar diminta untuk menulis huruf-huruf yang terdapat pada kod nombor 1
Langkah 5: Guru menunjukkan cara menulis bentuk huruf yang betul dari kanan ke kiri kepada pelajar
Dari atas ke bawah
ا
Dari kanan ke kiri
ب
Dari kanan ke kiri
ت
Dari kanan ke kiri
ث
Dari kanan ke kiri
ڽ
Dari kanan ke kiri
ن
Langkah 6: Pelajar menulis huruf jawi yang terdapat pada petak kod nombor 1 mengikut contoh yang ditunjukkan oleh guru
Maklumat Lanjut:
Tajuk lain yang sesuai diaplikasikan menggunakan kaedah ini:
Huruf jawi bersambung
Bacaan suku kata
Tag
Jawi
Prior knowledge
1.
Bagaimanakah anda memudahkan pelajar anda memahami dan mengingati huruf jawi?
2.
Sebutkan huruf-huruf jawi dengan betul.
1.
Apakah huruf –huruf yang terdapat pada petak kod nombor 1?
Reflection
1.
Sebutkan berapakah kod nombor yang perlu diingat dalam mengenal huruf jawi.