Jenis-Jenis Penilaian (Ujian dan Penilaian Formatif dan Sumatif)

Jenis-Jenis Penilaian (Ujian dan Penilaian Formatif dan Sumatif)

Share this post

Program penilaian dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut masa dan tujuan ujian itu diberi.

 

UJIAN DAN PENILAIAN FORMATIF

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik, penilaian formatif dijalankan setiap hari semasa guru mengajar secara tidak formal dan juga selepas mengajar beberapa unit pelajaran secara formal. 

Penilaian yang tidak formal dijalankan melalui:

  1. Pemerhatian dan soal jawab secara lisan. 
  2. Pemeriksaan kerja bertulis terhadap tugasan pelajar. 
 

Penilaian yang formal dijalankan melalui:

  1. Ujian pendel kertas. (Ujian kemajuan bulanan dan ujian pencapaian akhir penggal)
 

Maklumat daripada ujian ini berupaya memberi maklum balas tentang sejauh mana para pelajar telah memahami dan memperoleh kemahiran yang ditentukan. Bagi pengajar pula, ia dapat memberi maklumat tentang sejah mana pengajarannya telah berjaya. 

 

UJIAN DAN PENILAIAN SUMATIF

  • Penilaian sumatif merupakan ujian pencapaian yang diberikan secara formal selepas suatu jangka masa tertentu (Ujian pencapaian pertengahan tahun dan akhir tahun).
  • Peperiksaan awam seperti SPM dan STPM tergolong dalam ujian sumatif. 
  • Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif, pengetahuan dan kemahiran kursus atau program itu tercapai.
  • Kaedah menguji mungkin berbentuk ujian objektif, esei dan sebagainya.

 

 

Tag Ujian Formatif Sumatif

Prior knowledge

1.  Pada pendapat anda, apakah definisi ujian dan penilaian formatif dan sumatif?

1. 

Yang manakah bukan maksud maksud ujian dan penilaian formatif?

Reflection

1.  Berikan dua contoh ujian dan penilaian sumatif.
Loading...
Load lesson