Jenis Bahan Bantu Mengajar

Jenis Bahan Bantu Mengajar

Share this post

 

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

 

Bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar merupakan suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Ia tidak semestinya buku teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi melibatkan semua pancaindera dan apa yang yang boleh dirasakan oleh pelajar.

 

 

KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR

 

Terdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu:

  1. Bahan bantu mengajar bukan elektronik
  2. Bahan bantu mengajar elektronik
  3. Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar

 

 

BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK

 

  1. Bahan bantu mengajar bukan elektronik merupakan bahan yang masih menggunakan papan tulis.
  2. Bahan ini biasanya digunakan untuk mencatat maklumat ketika sedang mengajar.
  3. Antara bahan bantu mengajar bukan elektronik adalah:
  • Buku teks
  • Papan pameran
  • Fail tegak dan bahan bacaan
  • Gambar
  • Kad imbasan atau kad cantuman
  • Carta
  • Grafik
  • Papan Pengajaran
  • Model
  • Boneka

 

Buku Teks

  • Buku teks merupakan bahan bantu mengajar yang dsediakan oleh penulis dan pengarang.
  • Ia merupakan sumber utama pengajaran dan latihan.

 

Papan Pameran

  • Papan pameran juga dikenal sebagai papan buletin.
  • Papan pameran ini menggalakkan idea baru, memberi maklumat, menggalakkan perbincangan, menimbulkan kreativiti, dan menambahkan minat pelajar.

 

Fail Tegak dan Bahan Bacaan

  • Merupakan bahan bacaan bercetak yang bukan buku.
  • Contohnya seperti majalah, surat khabar, buletin, peta, skrip dan sebagainya.
  • Disimpan sebagai fail dalam kabinet.
  • Bahan ini dapat diperolehi di pusat sumber sekolah atau dalam kelas.

 

Gambar

  • Gambar merupakan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran.

 

Kad Imbasan atau Kad Cantuman

  • Merupakan kata-kata atau rangkai kata.
  • Sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
  • Memperkenalkan kata-kata baru.

 

Carta

  • Maklumat yang disusun secara sistematik.
  • Mengandungi huruf, angka, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata, simbol dan lukisan.
  • Jenis carta:
    • Carta selak
    • Carta pusing
    • Carta aliran
    • Carta graf
    • Carta pai
    • Carta tunggal

 

Grafik

  • Merupakan bahan yang dilukis untuk memaparkan bahan secara visual.
  • Meningkatkan pengetahuan dan prestasi pelajaran.

 

Papan Pengajaran

  • Sesuai digunakan untuk pelajar secara berkumpulan dalam lingkungan 25 orang.
  • Jenis papan pengajaran
    • Papan buletin
    • Papan kenyataan
    • Papan flanel-papan plywood
    • Papan putih
    • Papan magnet
    • Papan selit
    • Papan gulung
    • Papan poket
    • Papan sorong tarik

 

Model

  • Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar
  • Merupakan bahan dalam bentuk tiga dimensi
  • Jenis model:
    • Model berskala-Model berubah mengikut skala kecil/besar daripada bahan sebenar.
    • Model potongan- keratan
    • Model imaginasi-Gambaran bahan sebenar yang diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris.

 

Boneka

  • Merupakan bentuk yang seakan manusia, binatang atau tumbuhan.
  • Digunakan dalam pengajaran secara bercerita atau berdialog.
  • Dihasilkan menggunakan kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman.

 

 

BAHAN BANTU MENGAJAR ELEKTRONIK

 

  1. Merupakan bahan bantu mengajar yang menggunakan teknologi elektronik.
  2. Digunakan untuk mencatat isi-isi penting ketika mengajar.
  3. Antara bahan bantu mengajar elektronik adalah:
  • Overhead Projektor (OHP)
  • Transparensi
  • Pita Slaid (Filem Slaid)
  • Radio
  • Televisyen dan VCR
  • Filem tayangan/Filem jalur
  • Komputer

 

Overhead Projecktor (OHP)

  • Keberkesanannya dikesan melalui jumlah dan mutu maklumat yang ditayang melaluinya.
  • Sesuai untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.

 

Transparensi

  • Ditayangkan dalam bentuk warna yang pelbagai supaya dapat menarik perhatian dan memberi penegasan.
  • Sekiranya disediakan awal, ianya memberi peluang kepada penyampai untuk menjadi lebih bersedia.
  • Boleh digunakan secara berulang kali.
  • Merupakan penyampaian yang lebih bersistematik.
  • Tidak menggunakan kapur.

 

Pita Slaid

  • Juga dikenali sebagai Filem Slaid.
  • Sejenis media tanpa gerak berukuran kecil.
  • Selalu dijumpai dalam pengajaran Sains terutamanya Biologi.
  • Menarik perhatian pelajar.
  • Menggambarkan situasi sebenar.
  • Isi kandungannya kemas, teratur, boleh digunakan secara kerap, diubah, dan ditambah.

 

Radio

  • Sesuai untuk pengajaran bahasa.
  • Siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan boleh digunakan.

 

Televisyen dan VCR

  • Menggalakkan pelajar untuk menggunakan deria pandang dan dengar.
  • Memodenkan pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

 

Filem Tayangan

  • Juga dikenali sebagai filem jalur
  • Memberi pandangan yang jelas dengan menggunakan deria pandang dan dengar.
  • Bahan ditayangkan dalam bentuk cerita, lakonan dan juga dokumentari.

 

Komputer

  • Diprogramkan untuk mengajar.
  • Menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.
  • Menggunakan kemudahan internet yang lebih berkesan dalam menarik minat pelajar.

 

Rujukan

Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar

 

Tag Minat Bahan Bantu

Prior knowledge

1.  Apakah bahan bantu mengajar yang anda sering gunakan ketika mengajar di sekolah?

1. 

Apakah bahan bantu mengajar yang menggabungkan teks, suara, muzik, grafik dan animasi?

Reflection

1.  Nyatakan kegunaan Overhead Projektor (OHP)?
Loading...
Load lesson