Eksperimen Pecutan Graviti Bumi

Eksperimen Pecutan Graviti Bumi

Share this post

1.   Gerakan jatuh bebas 

Suatu objek dikatakan mengalami gerakan jatuh bebas jika pergerakan objek itu dipengaruhi oleh daya graviti sahaja. Hal ini bermakna objek yang jatuh bebas tidak mengalami tindakan daya yang lain seperti rintangan udara atau geseran.

 

2.   Menentukan Nilai Pecutan Graviti 

Objek yang jatuh bebas dalam medan graviti akan mengalami pecutan yang dikenali pecutan graviti. Oleh yang demikian, nilai pecutan graviti boleh ditentukan dengan mengukur pecutan objek berat seperti bola keluli di makmal fizik.

 

Eksperimen Pecutan Graviti Bumi (Gerakan Jatuh Bebas)

 

Tujuan: Menentukan nilai pecutan graviti Bumi.

Radas: Sistem photogate; penderia photogate, pemasa elektronik, tiang berskala, pelepas elektromagnet, bebola besi dan karung penangkap bola.

Catatkan masa yang dipaparkan pada pemasa elektronik di dalam jadual 1.

NOTA:

  1. Nombor satu (1) pada skrin paparan pemasa elektronik adalah bacaan masa oleh photogate 1 iaitu masa  \(t_{1}\)  dan Nombor dua (2) adalah bacaan masa oleh photogate 2 iaitu masa \(t_{2} \).
  2. Pelepas elektromagnet digunakan untuk melepas bebola besi dan mula bacaan t=0s.
  3. Kedudukan photogate 1 ditetapkan pada bacaan 100 cm dan hanya photogate 2 diubah-ubah kedudukan untuk meMberi perbezaan bacaan, h, 30, 40, 50, 60 dan 70 cm.
  4. Bacaan masa \(t_{1}\)dan \(t_{2} \) adalah dalam unit millisaat.
 

Jadual 1

Analisis data:

  1. Tentukan nilai g menggunakan rumus, \(g = \frac{2h}{t_{2}^2 t_{1}^2}\)  di mana jarak, h dalam meter, m dan masa, t dalam saat, s.
  2. Daripada lima nilai g yang anda perolehi, hitungkan nilai puratanya.

Kesimpulan: Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Sediakan laporan yang lengkap bagi laporan ini.

Perbincangan:

  1. Bandingkan nilai purata g daripada eksperimen ini dengan nilai g di Khatulistiwa, \(9.78 ms^{-2} \). Mengapa terdapat perbezaan antara dua nilai tersebut?
  2. Nyata dan terangkan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk memperbaiki kejituan keputusan eksperimen ini.

 

 

 

Rujukan:

Buku Teks Fizik Tingkatan 4 KSSM

 

Tag Pecutan Graviti Gerakan

Prior knowledge

1.  Bagaimanakah sesuatu objek boleh dikatakan mengalami gerakan jatuh bebas?
2.  Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?
3.  Bandingkan nilai purata g daripada eksperimen ini dengan nilai g di Khatulistiwa, 9.78ms-2. Mengapa terdapat perbezaan antara dua nilai tersebut?
4.  Nyata dan terangkan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk memperbaiki kejituan keputusan eksperimen ini.

1. 

Berapakah nilai pecutan graviti?

 

Loading...
Load lesson