Eksperimen Konduktor Ohm

Eksperimen Konduktor Ohm

Share this post

KONDUKTOR OHM

Konduktor yang mematuhi hukum Ohm dikenali sebagai konduktor Ohm. Adakah beza keupayaan yang merentasi dan arus yang mengalir pada dawai konstantan dan mentol berubah menurut hukum Ohm?

 

Eksperimen Konduktor Ohm

Inferens: Beza keupayaan merentasi konduktor bergantung kepada nilai arus yang mengalir melaluinya.

Hipotesis: Bila arus tinggi, beza keupayaan merentasi konduktor juga tinggi.

Tujuan: Mengkaji hubungan antara arus dan beza keupayaan konduktor ohm.

 

A: Konduktor ohm (wayar konstantan)

Pemboleh ubah:

  1. Manipulasi: Arus, I
  2. Tindakbalas: Beza keupayaan, V
  3. Dimalarkan: Suhu, diameter dan panjang dawai konstatan.

Radas: Sel kering 6.0 V, suis, dawai konstantan, ammeter (0-1A), voltmeter (multimeter), rheostat, dawai konstantan s.w.g 24.

Sila jawab:

  1. Rekodkan bacaan voltmeter didalam jadual 1.1.
  2. Plotkan graf bagi V lawan I daripada kedua-dua jadual. Gunakan kertas graf yang telah disediakan.
  3. Tuliskan kesimpulan anda yang diperolehi daripada graf.

Jadual 1.1 (konduktor ohm)

 

Analisis data: Lukis graf beza keupayaan, V melawan arus.

Kesimpulan: Apakah kesimpulan daripada amali ni?

Sediakan laporan lengkap untuk amali A.

Perbincangan: Bandingkan bentuk dan kecerunan graf V melawan I yang diperolehi.

 

 

 

Rujukan:

Buku Teks Fizik Tingkatan 5 KSSM

 

Tag Ohm Konduktor Keupayaan

Prior knowledge

1.  Apakah maksud konduktor?
2.  Apakah kesimpulan daripada amali ini?

1. 

Apakah maksud konduktor?

Loading...
Load lesson