Eksperimen Hubungan Antara Daya dengan Pemanjangan Spring: Kekenyalan

Eksperimen Hubungan Antara Daya dengan Pemanjangan Spring: Kekenyalan

Share this post

Daya yang bertindak ke atas suatu objek boleh mengubah bentuk dan saiz objek itu. Kekenyalan ialah sifat bahan yang membolehkan suatu objek kembali kepada bentuk dan saiz asalnya selepas daya yang bertindak kebatasnya dialihkan.

 

Hubungan antara Daya dan Pemanjangan Spring 

Spring akan memanjang apabila daya tarikan dikenakan ke atasnya. Apakah hubungan antara daya yang dikenakan dengan pemanjangan spring?

 

Eksperimen Hubungan Antara Daya dengan Pemanjangan Spring

Inferens: Daya yang dikenakan ke atas suatu spring mempengaruhi pemanjangan spring itu.

Hipotesis: Semakin besar daya yang dikenakan, semakin besar pemanjangan spring.

Tujuan: Menentukan hubungan antara daya dengan pemanjangan spring.

Pemboleh ubah:

  1. Dimanipulasikan: Daya, F
  2. Bergerak balas: Pemanjangan spring, x
  3. Dimalarkan: Kekerasan spring
 

Radas: Spring dengan panjang sekurang-kurangnya 10 cm, lima keping pemberat berslot 10 g, lima keping pemberat berslot 20 g, lima keping pemberat berslot 50g, pembaris setengah meter dan dua buah kaki retort.

Prosedur:

  1. Alat radas telah disediakan.
  2. Dapatkan kedudukan asal jarum pada spring, iaitu, \(l_{0}\).
  3. Langkah-langkah pelaksanaan eksperimen, iaitu penambahan daya dan pengukuran pemanjangan spring.
 

NOTA: Dengan berpandukan Rajah 1 dan keputusan di bawah, anda perlu menyediakan jadual untuk mencatat data-data daripada eksperimen.

Rajah 1

Keputusan:

Sediakan jadual untuk merekodkan:

  1. Jisim pemberat yang digunakan untuk memanjangkan spring
  2. Daya yang dikenakan ke atas spring
  3. Panjang spring yang diregangkan
  4. Pemanjangan spring

Analisis data: Kenal pasti dan plot graf untuk membantu anda menyemak hipotesis.

Kesimpulan: Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

Sediakan laporan yang lengkap bagi eksperimen ini.

Perbincangan:

  1. Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil supaya spring tidak mengalami pemanjangan berlebihan?
  2. Adakah graf yang diplot merupakan satu garis lurus yang melalui semua titik? Bincangkan.

 

 

 

Rujukan:

Buku Teks Fizik Tingkatan 5 KSSM

 

Tag Kekenyalan Daya Pemanjangan Spring

Prior knowledge

1.  Apakah maksud kekenyalan?
2.  Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini
3.  Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil supaya spring tidak mengalami pemanjangan berlebihan?
4.  Adakah graf yang diplot merupakan satu garis lurus yang melalui semua titik?

1. 

"Sifat bahan yang membolehkan suatu objek kembali kepada bentuk dan saiz asalnya selepas daya yang bertindak ke atasnya dialihkan"

Loading...
Load lesson