Eksperimen Genetik : Pengekstrakan DNA dari Sel Tumbuhan

Eksperimen Genetik : Pengekstrakan DNA dari Sel Tumbuhan

Share this post

 

Eksperimen ini bertujuan mengekstrak dan mengasingkan DNA dari tanaman seperti daun.

 

DNA adalah satu komponen utama kehidupan termasuk tumbuhan, haiwan, bakteria, kulat dan virus.  Ia adalah diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui perkembangan pembiakan.

 

Untuk mengekstrak dan mengasingkan DNA, bahan yang digunakan harus dihancurkan untuk memisahkan sel iaitu dinding sel dan membran sel dihancurkan untuk mengungkapkan DNA dan kemudian diekstrak dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar.

 

Untuk melakukan pengekstrakan DNA dari sel tumbuhan, anda memerlukan perkara berikut:

  • Pengisar
  • Penimbang berat
  • Penapis / kertas turas
  • Botol atau cawan 250ml
  • Air sejuk
  • Sudu atau spatula
  • Tabung uji atau silinder penyukat
  • Picagari 5ml / 10ml pipet pengukur
  • Batang kaca / straw
  • Natrium klorida (garam)
  • Serbuk / cecair pencuci
  • Serbuk pelembut daging / jus nanas / jus betik
  • Etanol / isopropanol
 

Langkah-langkah:

 

1. Timbang 50-100gram daun.

 

2. Masukkan daun yang ditimbang ke dalam pengisar dan masukkan 100ml air sejuk dan ½ sudu teh garam.

 

3. Tapis daun yang telah dikisar menggunakan penapis / kertas turas.

 

4. Tambahkan 1 sudu besar serbuk pencuci kedalam bikar dan kacau dengan lembut.

 

5. Bairkan campuran selama 5-10 minit.

 

6. Selepas 10 minit, pindahkan 10ml cecair campuran dalam bikar ke dalam tabung uji / silinder penyukat.

 

7. Masukkan sedikit serbuk pelembut daging / 5ml jus nanas ke dalamnya.

 

8. Goncangkan tabung uji secara perlahan-lahan untuk mencampurkan kedua-dua cecair tersebut.

 

9. Tunggu 5-10 minit sehingga reaksi pencernaan berlaku.

 

10. Pegang tabung uji dalam posisi condong.

 

11. Gunakan picagari / pipet pengukur tambahkan 5ml etanol secara perlahan-lahan dengan mengalirkannya melalui dinding dalam tabung uji sehingga membentuk lapisan untuk menutupi ekstrak daun.

 

12. Perhatikan antara 2 permukaan cecair tersebut. Anda akan mendapati DNA mula mengendap dalam etanol dalam bentuk gelatin atau gumpalan putih.

 

13. Anda boleh memisahkan dan mengeluarkan DNA yang terbentuk dengan menggunakan straw atau batang kayu.

 

Selain menggunakan daun, anda juga boleh menggunakan tumbuhan-tumbuhan lain seperti bawang merah, buah pisang dan sebagainya.

 

Fungsi garam yang digunakan:

  1. Mengeluarkan protein dari sel dan DNA, dan memastikan protein ini larut dalam lapisan berair sehingga tidak mendakan alkohol / etanol dengan DNA.
  2. Ion natrium mewujudkan daya tarikan sementara antara natrium positif dan tulang belakang fosfat negatif dari DNA, dimana meneutralkan DNA dan menjadikan DNA lebih hidrofobik.
 

Penggunaan serbuk pencuci / cecair pencuci adalah untuk mengasingkan sel membran dari sel-sel tumbuhan dengan berinteraksi dengan zarah lipid dalam sel membran. Ia akan mendedahkan DNA.

 

Serbuk pelembut daging mempunyai ‘Papain enzyme’ manakala jus nanas mempunyai ‘Bromelain enzyme’. Dimana enzim tersebut ialah ‘Protease enzyme’ dan mampu memecahkan protein yang terikat pada DNA.

 

Berikut merupakan video eksperimen yang dijalankan:

Kredit : ThomasTKtungnung

 

Rujukan

DNA Extraction from Plant Cells Practical Experiment

 

Tag Eksperimen DNA Genetik

Prior knowledge

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan DNA?

1. 

Apakah fungsi serbuk pencuci / cecair pencuci yang digunakan di dalam eksperimen yang dikongsikan?

Reflection

1.  Terangkan secara ringkas, apakah fungsi garam yang digunakan di dalam eksperimen yang dikongsikan?
Loading...
Load lesson