Eksperimen Archimedes

Eksperimen Archimedes

Share this post

1. DAYA APUNGAN

Daya apungan ialah daya yang bertindak ke atas apabila terdapat perbezaan tekanan antara permukaan atas dengan permukaan bawah suatu objek yang terendam di dalam suatu cecair.

 

2. PRINSIP ARCHIMEDES

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa objek yang terendam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir mengalami daya apungan yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan.

 

Eksperimen Archimedes

Inferens: Daya apungan bergantung kepada berat cecair yang disesarkan.

 

Hipotesis: Semakin besar berat cecair yang disesarkan semakin besar daya apungan.

 

Tujuan: Menentukan hubungan antara daya apungan dengan berat cecair yang disesarkan.

 

Pemboleh ubah: 

(a) Dimanipulasikan: Berat air yang disesarkan 

(b) Bergerak balas: Daya apungan 

(c) Dimalarkan: Ketumpatan cecair 

 

Radas: Neraca spring, neraca elektronik, objek, bekas air tersesar, bekas tadahan dan bekas eureka.

 

Prosedur:

  1. Alat radas telah disediakan.
  2. Baca dan catat bacaan jisim objek daripada neraca spring semasa objek di udara ke dalam Jadual 1.1.
  3. Baca dan catat bacaan jisim objek daripada neraca spring semasa objek di dalam air ke dalam Jadual 1.1.
  4. Baca dan cacat jisim air yang tersesar daripada neraca elektronik ke dalam Jadual 1.1.
  5. Setelah Jadual 1.1 dipenuhi, kira dan penuhkan data dalam Jadual 1.2.
  6. Kaedah kiraan untuk berat objek di udara, di dalam air dan air tersesar menggunakan persamaan berikut;
  • WU= MU1000 ×9.81N
  • WA= MA1000 ×9.81N
  • WS= MS1000 ×9.81N
  • Daya apungan, FB=WU-WA
 

NOTA:

  • Eksperimen ini menggunakan 5 objek jisim berbeza iaitu daripada 20 hingga 60 g.
  • Bacaan pada neraca elektronik adalah bacaan air tersesar sebenar kerana neraca tersebut telah di “tear”

 

 

 

Keputusan:

Jadual 1.1
 
Jadual 1.2

 

 

Analisis data:

  1. Plotkan graf WSmelawan FB.
  2. Hitungkan kecerunan graf.
 

Kesimpulan: Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

 

Sediakan laporan yang lengkap bagi eksperimen ini.

 

Perbincangan:

  1. Apakah nilai kecerunan graf?
  2. Nyatakan hubungan antara daya apungan dengan berat air yang disesarkan berdasarkan keputusan eksperimen.

 

 

Tag Archimedes Kecerunan Apungan

Prior knowledge

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip archimedes?

1. 

Apakah yang dimaksudkan dengan daya apungan?

Reflection

1.  Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?
2.  Apakah nilai kecerunan graf?
3.  Nyatakan hubungan antara daya apungan dengan berat air yang disesarkan berdasarkan keputusan eksperimen.
Loading...
Load lesson