Ciri-Ciri Penyoalan Yang Berkesan

Ciri-Ciri Penyoalan Yang Berkesan

Share this post

  • Guru digalakkan menjalankan latihan untuk meningkatkan kemahiran penyoalan. 
  • Guru perlu mengambil kira tentang matlamat atau tujuan penyoalan dalam minda mereka serta berupaya mengawal bahasa Matematik yang digunakan. 
  • Guru perlu mengadakan suasana yang menggalakkan supaya interaksi antara guru dan pelajar berjalan dengan lancar

 

Penyoalan yang berkesan boleh dibahagikan kepada empat ciri seperti berikut:

1.   KEKERAPAN

Kekerapan menyoal merujuk kepada bilangan soalan yang dikemukakan oleh guru. Dalam teori pembelajaran, sesuatu maklumat perlu diproses terlebih dahulu daripada ingatan pendek kepada ingatan yang panjang. Pemerosesan maklumat menerusi minda memerlukan penglibatan yang aktif dalam penerangan, pengulangan, mengimbas kembali, dan latih tubi.

 

2.   TABURAN YANG SAKSAMA

Taburan penyoalan yang adil dan saksama perlu dilakukan supaya kesemua pelajar dalam sesebuah kelas diberi peluang mengambil bahagian. Guru tidak boleh mengabaikan pelajar yang lemah dan hanya menyoal pelajar yang cerdas. Cara ini menyebabkan pelajar yang lemah akan terus terabai dan pencapaian mereka juga akan terjejas. Oleh itu guru perlulah mencatatkan nama yang sudah menjawab atau sebagainya. 

Guru juga perlu mengelakkan daripada menyoal secara beramai-ramai. Contohnya, “Adakah kamu semua faham tentang konsep pecahan setara?” Selain itu, guru juga tidak digalakkan memanggil nama pelajar sebelum menyoal kerana dikhuatiri hanya pelajar yang namanya dipanggil sahaja yang akan berfikir. 

 

3.   PENGGERAK

Penggerak merupakan sebarang soalan atau arahan yang diberikan oleh guru untuk mendapat jawapan daripada pelajar yang telah gagal menjawab atau memberikan jawapan yang kurang lengkap. Contohnya, apabila seorang guru pada mulanya bertanya kepada Aminah tentang bagaimana dia tahu bahawa dua per lima daripada empat per sepuluh adalah sama. Aminah tidak menjawab. Seterusnya guru bertanya lagi, “Berapakah kawasan yang dilorekkan dalam gambar rajah?” Jika masih tidak menjawab, guru seterusnya mengarahkan, “Lihat pada kadbod dan beritahu saya apa yang awak lihat?” Bentuk penyoalan begini membolehkan Aminah dan pelajar yang lain memikirkan masalah penggerak. 

 

4.   MASA MENUNGGU

Guru perlu menunggu beberapa saat untuk memperoleh jawapan iaitu memberi masa untuk pelajar berfikir. Suasana yang senyap seketika menunggu jawapan itu dipanggil masa menunggu.

Antara faedah masa menunggu dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:

  1. Pelajaran boleh berjalan dengan lancar dan lebih berfokus.
  2. Para guru menjadi lebih bertanggungjawab kepada pelajar dengan memadankan masa menunggu dan tahap soalan, meningkatkan taburan soalan, dan menggalakkan penglibatan pelajar yang kurang aktif.
  3. Kualiti dan kuantiti jawapan pelajar juga meningkat.
  4. Kegagalan menjawab berkurangan kerana pelajar yang mengambil bahagian untuk menjawab soalan secara sukarela meningkat.
 

Jika pelajar dilibatkan dalam aktiviti mencongak pendaraban di mana tujuannya adalah untuk memperoleh jawapan yang cekap, maka masa menunggu adalah pendek. Jika pelajar kelihatan takut dan bimbang maka guru haruslah mencelah segera. Sebaliknya, pelajar memerlukan lebih banyak masa untuk bertindak kepada soalan yang berbentuk aplikasi, analisis atau penilaian.

 

 

Tag Penyoalan Penggerak Kekerapan

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda akan lakukan sekiranya pelajar anda tidak memberi jawapan kepada pertanyaan anda?

1. 

Ciri-ciri penyoalan yang manakah jika seorang guru memerlukan jawapan segera daripada pelajar berkaitan soalan pendaraban?

Reflection

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan kekerapan dalam ciri-ciri penyoalan yang berkesan?
Loading...
Load lesson