Bagaimanakah Anda Tahu Anda Ditakdirkan Menjadi Seorang Guru?

Bagaimanakah Anda Tahu Anda Ditakdirkan Menjadi Seorang Guru?

Share this post

 

Persoalan yang sering kali muncul adalah apabila tertanya sekiranya diri sendiri telah ditakdirkan menjadi seorang guru. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak melihat tugas guru sebagai tanggungjawab tetapi hanya sebagai tugas yang diamanahkan? Berikut merupakan pandangan beberapa orang tentang perkara ini dalam artikel yang di keluarkan oleh We Are Teacher.

 

1.   Saat apabila pelajar memahami perkara yang mereka sukar untuk memahaminya suatu ketika dulu – Kelly L

Guru pasti tahu betapa kagumnya perasaan mereka apabila pelajar memperoleh sesuatu daripada pengajaran yang diberikan. 

 

2.   Sayangkan pelajar setelah memulakan tahun kedua mengajar, tetapi selepas setahun, tidak begitu pasti adakah ini yang diinginkan dalam hidup – Sarah K.

Beberapa tahun ini, keperluan pengajaran dan pembelajaran memerlukan cara yang tidak dapat dipenuhi oleh guru termasuklah mereka yang berpengalaman. Pengalaman Sarah sebagai seorang guru ini seharusnya diambil berat dan disokong walaupun mereka sendiri tidak ingin mengajar. 

 

3.   Anda gembira di dalam kelas. Hari pertama seperti berada di rumah sendiri. – Maggie K.

Tiada yang menggembirakan bagi seorang guru apabila suasana di dalam kelas seperti di rumah apabila pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya dan pengajaran menjadi mudah, 

 

4.   Tidak tahu sekiranya benar ditakdirkan untuk menjadi seorang guru. Ada perkara lain yang saya boleh lakukan dengan lebih baik. Tetapi saya sukakan kerja ini, dan saya berikan 100% komitmen. – Mariellen C. 

Mengajar tidak semestinya harus dilakukan seumur hidup dalam menjadikan perbezaan dalam kehidupan pelajar anda. 

 

5.   Apabila anda tidak dapat membayangkan diri anda melakukan perkara lain, anda teruskan mencari kegembiraan walaupun dalam keadaan yang sukar. – Dianne Z

Beberapa tahun mengajar akan diuji dengan pelbagai perkara. Sekiranya anda masih dapat menikmati kegembiraan di sebalik mengajar, anda pasti ditakdirkan menjadi seorang guru.

 

6.   Berada di dalam kelas dengan pelajar memberi tenaga kepada anda walaupun anda tidak bersedia untuk ke sekolah pada hari itu. – Dorothy G

Ada orang yang merasa bahagia dan yakin apabila berhadapan dengan sebilangan besar manusia. Sekiranya anda merupakan salah satu daripada orang tersebut, anda selayaknya menjadi seorang guru. 

 

7.   Saya menikmati profesion saya tetapi ini bukan kehidupan saya. – Holden R

Ketika pelbagai masalah melanda sektor pendidikan, kebanyakan guru berfikir bahawa meninggalkannya adalah perkara yang baik. 

 

8.   Anda menyayangi pelajar anda walaupun apa pun yang terjadi – Sue R

Pelbagai karenah pelajar diketepikan apabila anda menyayangi pelajar anda. Ini adalah apabila anda merasakan tugas anda sebagai guru adalah untuk mengubah pelajar ke arah yang lebih baik. 

 

9.   Anda lebih berseronok bersama pelajar berbanding daripada kerja hakiki yang anda harus lakukan. – Angela A

Kertas kerja, ujian, kerja pentadbiran atau berhubungan dengan ibu bapa boleh menjadikan kerjaya sebagai seorang guru sangat mencabar. Tetapi anda merasa seronok bersama pelajar walaupun membenci tugas anda. 

 

10.   Tidak kira betapa teruknya tahun persekolahan lalu, anda masih mempunyai keseronokan untuk persekolahan yang baru.

Anda perlu mengakuinya, walaupun tahun sekolah kali ini kemungkinan menjadi sukar seperti tahun sebelumnya, tetapi anda masih gembira untuk menyiapkan diri ke sekolah.

 

11.   Beberapa tahun dikira sebagai tanggungjawab, beberapa tahun dikira sebagai kerjaya. – Mickey M

Guru pasti akan merasa melalui beberapa tahun yang sukar dan kemudian merasakan kegembiraan ketika mengajar. Begitulah sebaliknya.

 

12.   Anda mendapati diri anda menerangkan beberapa perkara kepada anak-anak lain di perpustakaan, zoo atau lain-lain tempat selain sekolah. 

Anda merasakan keseronokan mengajar walaupun ketika di luar sekolah dan bersama orang lain yang bukan pelajar anda. 

 

13.   Mula memanggil pelajar anda sebagai ‘anak’. – Pamela A.

Anda merasakan beratus-ratus pelajar anda sebagai anak sendiri selamanya, ini adalah petanda bahawa anda sangat menyukai kerjaya anda. 

 

14.   Saya merasakan saya tidak ditakdirkan untuk menjadi guru, tetapi tertanya anda merasakan sekolah sebagai dunia anda. – Katherine L.

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu memenuhi kehendak kerjayanya. Membuat perubahan dalam beberapa faktor boleh membantu anda menjayakannya. 

 

15.   Anda tidak boleh bayangkan melakukan perkara lain. Anda hanya fikirkan kelas dan juga pelajar anda yang dipenuhi dengan keseronokan dan kegembiraan. – Anna C

Ini merupakan petanda anda sangat menyukai kerjaya anda sebagai guru sehinggakan tidak ada perkara lain yang anda bayangkan selain pengalaman anda ketika mengajar. 

 

Anda pula bagaimana? Seronokkah menjadi seorang guru?

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan:

 

 

Tag Guru Keseronokan Pengalaman

Prior knowledge

1.  Apakah perasan yang anda rasakan setelah menjadi sebagai seorang guru?

1. 

Kebanyakan guru merasa tidak seronok ketika mengajar apabila?

Reflection

1.  Apakah yang mendorong anda untuk merasa seronok untuk menjadi seorang guru?
Loading...
Load lesson