Aktiviti merehatkan minda merupakan situasi di mana mental manusia direhatkan dengan masa yang singkat ketika selang masa semasa pengajaran dijalankan di bilik darjah. Kebiasaannya, rehat minda terhad kepada lima minit dan akan berfungsi dengan baik apabila aktiviti fizikal digabungkan.
Masa Sesuai Untuk Merehatkan Minda
Masa terbaik untuk merehatkan minda adalah sebelum, semasa, dan/atau selepas sesuatu aktiviti. Tujuan penting untuk merehatkan minda adalah untuk memfokuskan semula pelajar dan juga bagi membuat persediaan untuk belajar semula. Sebagai contoh, jika anda baru sahaja menamatkan pelajaran matematik mudah yang memerlukan pengiraan, anda boleh meminta pelajar untuk mengira langkah yang diambil oleh mereka untuk kembali ke tempat duduk mereka supaya peralihan pantas ke aktiviti seterusnya dapat dijalankan. Perkara ini juga akan membantu anda dengan pengurusan bilik darjah, kerana pelajar akan tertumpu dengan pengiraan langkah mereka, mereka tidak akan mempunyai banyak masa untuk bersembang semasa tempoh peralihan berlaku.
Untuk anak-anak kecil di tadika, anda mungkin ingin merehatkan minda selepas lima hingga sepuluh minit menjalankan tugas, setelah anda melihat pelajar mula menggoyang-goyangkan diri. Bagi pelajar yang lebih tua, rancang untuk rehat setiap 20-30 minit.
Cara Berkesan Untuk Merehatkan Minda
Setiap kali anda merasakan penglibatan pelajar anda kurang, cuba beberapa langkah seperti berikut:
- Laksanakan sesi tarian selama tiga minit. Letakkan lagu kegemaran pelajar di radio dan benarkan pelajar menari bagi menghilangkan kegelisahan yang berada di fikiran mereka.
- Mengikuti pemimpin adalah kegemaran pelajar. Ubah permainan ini dengan meminta pelajar bergilir-gilir menjadi ketua.
- Mainkan lagu yang memerlukan pergerakan seperti "YMCA" atau mana-mana tarian popular yang semua pelajar tahu. Lagu-lagu pantas yang dipasangkan ini akan membuatkan pelajar bangun dan bergerak sambil melepaskan tenaga.
- Laksanakan aktiviti melompat bintang. Pilih jumlah lompatan yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan kadar denyutan jantung pelajar dengan cepat.
- Menulis di atas angin ialah cara yang bagus untuk pelajar mempraktikkan ejaan atau perbendaharaan kata mereka. Pilih sahaja perkataan dan minta pelajar menulisnya di langit.
Pendapat Guru Berkenaan Aktiviti Merehatkan Minda
Berikut ialah perkara yang dikatakan oleh para guru apabila mereka melakukan aktiviti merehatkan minda di dalam bilik darjah.
- Saya mencipta kotak khas untuk pelajar bergilir-gilir memilih aktiviti bagi merehatkan minda. Pelajar suka mencapai tangan mereka dalam kotak misteri ini untuk mengetahui aktiviti yang akan kami lakukan!
- Merehatkan minda tidak semestinya lima minit atau kurang. Di dalam bilik darjah saya, saya menyesuaikan masa berdasarkan keperluan pelajar saya. Jika saya lihat mereka mengeluarkan semua tenaga mereka dalam satu minit, saya akan mengarahkan mereka untuk kembali belajar. Jika saya perasan bahawa mereka memerlukan lebih daripada lima minit, maka saya akan membenarkannya juga!
- Tulis enam aktiviti untuk merehatkan minda pada dadu dan minta pelajar bergilir-gilir melempar dadu pada setiap tugasan. Atau, senaraikan aktiviti mengikut setiap nombor yang ada di dadu. Kemudian apabila pelajar melemparkan dadu, mereka akan melihat senarai aktiviti yang akan dilakukan.
- Di dalam kelas saya, kami membuat jalur udara! Pelajar seronok berpura-pura memainkan alat muzik yang berbeza di udara. Ini cara yang menyeronokkan kerana ianya dapat mengeluarkan tenaga mereka dan kami berasa teruja untuk melakukannnya.
Rujukan
What Is A Brain Break?
|