Akronim digunakan untuk tajuk ini bagi memudahkan guru menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara mudah dan senang untuk dihafal. Akronim adalah merupakan singkatan yang telah dibentuk dengan menggunakan komponen-komponen satu frasa atau nama. 
			 
			Konsep  – Teknologi hijau merupakan pembangunan produk, peralatan dan sistem yang bertujuan untuk memelihara serta memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi
			 
			Matlamat 
			Guru boleh menggunakan konsep 4M -Matlamat untuk menyampaikan pengajaran ini kepada pelajar. 
			 
			
				M-Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia 
				M-Melindungi ekosistem semula jadi 
				M-Mengurangkan kesan negatif yang berlaku daripada aktiviti manusia 
				M-Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi 
			 
			 
			Kriteria produk 
			
				Rasa  - R eka bentuk produk perlulah mengikut pengalaman lepas agar ianya dapat membantu manusia 
				Payah  - Penggunaan  sumber bahan yang boleh diperbaharui adalah digalakkan 
				Pula  - P roduk dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api 
				Belajar  - B erupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar 
				Bersama  - B oleh dikitar semula atau melalui amalan 5r 
				Kakak  - K adar pembebasan gas rumah hijau rendah atau sifar 
				Siti  - S elamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik 
				Tini  - T eknologi mudah digunakan oleh manusia 
			 
			 
			Contoh Produk 
			Gunakan akronim (S E A T  untuk menjelaskan Sosial, Ekonomi, Alam Sekitar dan Tenaga).
			 
			
			1) Sosial 
			
				Kualiti hidup dapat dipertingkatkan 
			 
			
				Contoh: penggunaan bekas makanan mesra alam, penggunaan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama. 
			 
			 
			2) Ekonomi 
			
				Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi yang canggih 
				Contoh: industri fotovolta 
			 
			 
			3) Alam sekitar 
			
				Kesan kepada alam sekitar dapat dikurangkan 
				Contoh: produk biodegradasi dan baja kompos 
			 
			 
			4) Tenaga 
			
				Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil 
				Contoh: kereta hibrid, kenderaan elektrik, biodiesel dan kenderaan gas asli 
			 
			 
			Kepentingan 
			Guru boleh menggunakan singkatan akronim S E M M .
			1) Sosial 
			
				Meningkatkan kualiti hidup 
				Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan 
				Meningkatkan kualiti udara 
				Memberikan keselesaan dan kesihatan yang baik kepada masyarakat 
				Mengurangkan peningkatan suhu 
				Mengurangkan pencemaran bunyi 
			 
			 
			2) Ekonomi 
			
				Mengurangkan kos operasi 
				Meningkatkan nilai aset dan keuntungan 
				Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja 
				Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah dihasilkan 
			 
			 
			3) Menjana Tenaga 
			
				Merangkumi sumber tenaga yang mengandungi alam semula jadi 
				Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui 
				Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara yang selamat dan mesra pengguna 
			 
			 
			4) Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar 
			
				Melindungi sumber semula jadi 
				Meningkatkan kualiti udara dan air 
				Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula 
				Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup 
			 
			 
			Amalan 
			1) Amalan 5R 
			
				Menggunakan tong kitar semula yang betul 
				Menggalakkan pengedaran dokumen secara digital 
				Mencetak salinan di kedua-dua belah muka surat 
			 
			 
			2) Penjimatan air 
			
				Memastikan pili air sentiasa ditutup 
				Membuat aduan jika berlaku kerosakan atau kebocoran paip 
				Menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci 
			 
			 
			3) Pengangkutan 
			
				Mengamalkan penggunaan pengangkutan awam 
				Mengunakakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan kesesakan lalu lintak 
				Menggalakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki 
			 
			 
			4) Pengurangan sisa 
			
				Mengurangkan penggunaan peralatan pakai buang 
				Menguatkuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat 
			 
			 
			5) Penjimatan Tenaga 
			
				Mempraktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi 
				Memastikan suis elektrik sentiasa ditutup apabila tidak digunakan 
				Menetapkan suhu penyaman udara yang minimum 
			 
			 
			6) Perolehan produk hijau 
			
				Mengutamakan penggunaan bahan mesra alam 
				Mengamalkan pembelian bahan kimia biodegrasi untuk proses pembersihan dan penyelenggaraan 
				Menggunakan kertas kitar semula 
			 
			 
			7) Zon bebas asap rokok 
			
				Menetapkan kawasan larangan merokok 
				Melakukan rondaan dan mengenakan kompaun kepada perokok 
				Memperluaskan edaran poster dan papan tanda amaran larangan merokok 
			 
			 
			8) Perkhidmatan makanan 
			
				Menggunakan pembungkus makanan yang mesra alam 
				Membawa bekas makanan sendiri  
				Mengelakkan penggunaan botol air plastik  
			 
			 
			9) Landskap 
			
				Menanam pokok di sekitar rumah, sekolah dan bangunan 
				Memastikan sistem peparitan berfungsi dengan baik 
			 
			 
			 
			Rujukan:
			
				Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2) 
			 
			https://banksoalan.online/ 
			
				Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM 
			 
			 
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                            Sumber semula jadi  
                                                                            Bahan mesra alam  
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Apakah yang dimaksudkan dengan konsep teknologi hijau?
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                            
                                            
                                                
                                                    2.  
                                                    Nyatakan empat (4) contoh produk teknologi hijau.
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                            
                                     
                                     
                                                                            
                                            1.  
                                            Yang manakah antara berikut bukan kepentingan teknologi hijau?