1.   Peta Topografi 
			 
			
				
					
						
						
							Guru bolehlah tunjukkan contoh peta topografi kepada pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sambil tunjukkan contoh, guru boleh terangkan ciri-cirinya seperti di bawah ini. 
						 
						 
						
						 
						  
					 
				 
			
			 
			
				Mempaparkan keadaan bentuk muka bumi di sesebuah kawasan 
				Mempunyai garisan grid iaitu secara menegak dan melintang 
				Mengandungi tajuk, petunjuk dan skala 
			 
			 
			2.   Garisan Grid 
			 
			
				
					
						
						
							Terangkan pada pelajar bahawa garisan grid ini juga melibatkan garisan timuran (menegak) dan garisan utaraan (melintang). 
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Merupakan garisan-garisan yang dilukis secara menegak dan melintang di peta topografi. 
			 
			 
			a.   Garisan Timuran  
			 
			
				
					
						
						
							Kata kunci yang boleh digunapakai untuk menjelaskan garisan timuran ini adalah-menegak.   
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Garisan grid yang dilukis secara menegak 
			 
			
				Garisan ini menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah timur 
				Garisan grid dinomborkan dan nilai bagi garisan ini akan semakin bertambah ke arah timur 
			 
			 
			b.   Garisan Utaraan 
			 
			
				
					
						
						
							Kata kunci yang boleh digunapakai untuk menjelaskan garisan timuran ini adalah-melintang.   
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Garisan grid yang dilukis secara melintang 
				Garisan ini menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah utara 
				Garisan grid dinomborkan dan nilai bagi garisan ini akan semakin bertambah ke arah utara 
			 
			 
			
			 
			3.   Rujukan Grid  
			 
			
				
					
						
						
							Gunakan kata kunci titik persilangan  untuk rujukan grid ini.  
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Merupakan kombinasi antara nilai garisan timuran dan utaraan yang ditunjukkan pada titik persilangan. 
				Nilai garisan timuran perlu dibaca terlebih dahulu sebelum diikuti oleh nilai garisan utaraan 
			 
			 
			a.   Rujukan grid 4  
			
				Digunakan ketika menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas dalam segi empat grid. 
			 
			 
			
			 
			b.   Rujukan grid 6  
			
				Digunakan ketika menentukan kedudukan sesuatu objek atau ciri geografi yang lebih kecil dengan spesifik dan jelas. 
			 
			 
			
			 
			4.   Ciri Pandang Darat Fizikal Dan Budaya 
			 
			
				Ciri pandang darat fizikal  – merujuk kepada pelbagai ciri semula jadi 
				Ciri pandang darat budaya  – merujuk kepada ciri buatan manusia 
			 
			
			 
			i.   Tanah Pamah 
			 
			
				
					
						
						
							Gunakan kata kunci 3P1K  untuk pertanian, pengangkutan, petempatan dan kemudahan sosial 
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Pertanian – tanaman padi sawah, nanas 
				Pengangkutan – jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang 
				Petempatan – rumah 
				Kemudahan Sosial – sekolah, hospital 
			 
			 
			ii.   Tanah Beralun 
			 
			
				
					
						
						
							Gunakan kata kunci 2P  untuk pertanian dan petempatan. 
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Pertanian – tanaman getah, kelapa sawit 
				Petempatan – rumah 
			 
			 
			iii.   Tanah Tinggi 
			 
			
				
					
						
						
							Gunakan kata kunci 2P1KH  untuk pertanian, pelancongan dan kuasa hidroelektrik. 
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Pertanian – tanaman teh, sayur-sayuran 
				Pelancongan – penginapan 
				Kuasa Hidroelektrik – empangan 
			 
			 
			iv.   Pinggir Laut 
			 
			
				
					
						
						
							Gunakan kata kunci 2P  untuk perikanan dan pelancongan. 
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Perikanan – petempatan nelayan, pelabuhan 
				Pelancongan – tempat berkelah, jeit 
			 
			 
			v.   Saliran 
			 
			
				
					
						
						
							Gunakan kata kunci AP  untuk air dan pengangkutan 
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Sumber air – paip saluran air 
				Pengangkutan – jeti, pangkalan bot 
			 
			 
			vi.   Tumbuhan Semula Jadi 
			 
			
				
					
						
						
							Gunakan kata kunci 2P  untuk pembalakan dan pelancongan 
						 
						 
					 
				 
			
			 
			
				Pembalakan – kem pembalakan, petempatan 
				Pelancongan – laluan pejalan kaki 
			 
			 
			5.   Cara Mentafsir Peta Topografi 
			 
			
				Perhatikan peta secara keseluruhan 
				Tentukan ciri pandang darat fizikal dan budaya 
				Kaitkan ciri pandang darat fizikal dengan budaya 
				Tafsirkan peta 
			 
			
			 
			 
			 
			Rujukan:
			
				Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2) 
			 
			https://banksoalan.online/ 
			
				Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM 
			 
			 
			 
			  
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                            Peta Topografi  
                                                                            Grid  
                                                                            Pandang Darat Fizikal Dan Budaya  
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Apakah yang anda tahu tentang peta topografi?
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                            
                                            
                                                
                                                    2.  
                                                    Nyatakan perbezaan ciri pandang darat fizikal dan budaya.
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                            
                                     
                                     
                                                                            
                                            1.  
                                            Yang manakah antara berikut pernyataan benar tentang garisan timuran?