Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru bolehlah menggunakan gambar atau kata kunci yang ringkas/singkat dalam tajuk ini. Akronim juga boleh digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati dan menghafal sesuatu maklumat.
			 
			Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia 
			 
			
				
					
						
						
							Untuk bahagian ini, guru dicadangkan untuk menunjukkan gambar-gambar bagi menunjuk dan menarik minat pelajar. 
							Guru juga boleh menggunakan 4P-Pertanian, Pembalakan, Perikanan  dan Pelancongan.   
						 
						
						 
						 
					 
				 
			
			
				Pertanian  – iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan masyarakat menanam pelbagai jenis tanaman untuk dimakan atau dijual. 
				Pembalakan  – suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak menggalakkan petumbuhan hutan hujan tropika. 
				Perikanan  – nelayan tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh kerana keadaan laut yang bergelora menyukarkan mereka untuk menjalankan kerja. 
				Pelancongan  – keadaan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menarik minat ramai pelancong antarabangsa untuk mengunjungi Malaysia 
			 
			 
			Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia 
			
				
					
						
						
							Terdapat 4 kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia iaitu kesan rumah hijau, pulau haba, hujan asid dan jerebu. Guru bolehlah menggunakan akronim seperti RH-PH-HA-J  atau R ahmah  P ilih  Ha kim J odohnya. 
						 
						 
					 
				 
			
			
				RH-Kesan Rumah Hijau 
				
					Punca terjadi:
					
						Pelupusan sampah 
						Pembakaran bahan api fosil 
						Pembakaran hutan 
						Pembakaran sisa pertanian 
						Kegiatan pembalakan  
					 
					 
				 
				 
				PH-Pulau Haba  
				
					Berlaku apabila suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya 
					Punca terjadi:
					
						Bangunan konkrit dan permukaan yang berturap akan menyerap dan menyimpan lebih banyak bahang matahari 
						Kekurangan tumbuh-tumbuhan boleh mengakibatkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi menyederhanakan suhu 
						Bahan pencemar seperti debu dan habuk yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang akan memerangkap haba dengan banyak 
						Pelepasan asap dan haba yang tinggi oleh kenderaan berlaku akibat kesesakan jalan raya 
					 
					 
				 
				 
				HA-Hujan Asid  
				
					Hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai ph kurang daripada 5.6 
					
					
					 
					Akibat:
					
						Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan 
						Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan 
						Menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik 
						Kesihatan manusia akan terancam. 
					 
					 
				 
				 
				J-Jerebu  
				
					Zarah yang halus tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi 
					Punca terjadi:
					
						Letusan gunung berapi 
						Pembakaran hutan secara berleluasa 
						Pembakaran bahan api fosil 
						Pembakaran terbuka 
					 
					 
					Akibat:
					
						Mengurangkan jarak penglihatan manusia 
						Mengganggu pertumbuhan tanaman yang dilakukan 
						Kesihatan manusia akan terancam 
						Menjejaskan aktiviti pengangkutan 
					 
					 
				 
				 
			 
			 
			Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia 
			
				
					
						
						
							Terdapat dua perkara dalam perubahan cuaca dan iklim di Malaysia iaitu Fenomena El Nino dan Fenomena La Nina. Guru bolehlah menggunakan jadual untuk membezakan kedua-duanya. 
						 
						
							
								
									Fenomena El Nino 
									Fenomena La Nina 
								 
								
									
									
										Kemarau berpanjangan 
										Berlaku perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin 
									 
									 
									
									
										Banjir besar 
										Akibat penurunan suhu permukaan laut 
									 
									 
								 
							 
						
						 
						 
					 
				 
			
			
			
				Fenomena El Nino  
				
					Merupakan kemarau yang berpanjangan 
					Pemanasan suhu di lautan pasifik yang luar biasa sehingga mengakibatkan berlakunya perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin. 
				 
				 
				Fenomena La Nina 
				
					Merupakan kejadian banjir besar 
					Terjadi akibat daripada gejala gangguan iklim yang berlaku kerana penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan pasifik. 
				 
				 
			 
			 
			 
			Rujukan:
			
				Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2) 
			 
			https://banksoalan.online/ 
			
				Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM 
			 
			 
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                            Berkesan  
                                                                            Pengaruh  
                                                                            Perubahan  
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Pada pendapat anda, apakah pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia? 
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                            
                                            
                                                
                                                    2.  
                                                    Nyatakan satu (1) perbezaan Fenomena El Nino dan Fenomena La Nina.
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                            
                                     
                                     
                                                                            
                                            1.  
                                            Yang manakah pernyataan tepat tentang Fenomena El Nino?