Akronim & Teknik: Pengangkutan di Malaysia

Akronim & Teknik: Pengangkutan di Malaysia

Share this post

Akronim digunakan untuk tajuk ini bagi memudahkan guru menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara mudah dan senang untuk dihafal. Akronim adalah merupakan singkatan yang telah dibentuk dengan menggunakan komponen-komponen satu frasa atau nama. 

Untuk tajuk pengangkutan di Malaysia, kebanyakannya menggunakan akronim dan gambar untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

 

1. Pengangkutan Darat di Malaysia

 

a) Jaringan jalan raya

  • Ianya lebih tertumpu di pantai barat berbanding dengan pantai timur Semenanjung Malaysia
  • Lebuhraya Pan Borneo pula merupakan projek infrastruktur yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar di Sabah dan Sarawak

 

Jenis jalan raya

 
  • Untuk jenis jalan raya, guru bolehlah mencadangkan menggunakan akronim RBBT-Road Block Batu Tebrau.
 
  • R-Jalan raya persekutuan
  • B-Jalan bandaran
  • B-Jalan berturap
  • T-Jalan tidak berturap

*Gambar diambil daripada buku teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

2. Pengangkutan Udara dan Air di Malaysia

 

a) Lapangan terbang antarabangsa 

  • Lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur
  • Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur 2
  • Lapangan terbang antarabangsa Senai
  • Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu
  • Lapangan terbang antarabangsa Kuching
 

b) Pelabuhan utama

  • Ciri-ciri pelabuhan
    • Terletak di kawasan perairan yang telindung
    • Mempunyai jaringan dengan kaedah pengangkutan yang lain
    • Mempunyai jaringan dengan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan sokongan
  • Marina – pangkalan perahu kecil untuk persiaran
  • Kargo – barang dagangan yang dibawa oleh kapal
  • Pukal Kering – barang-barang kering dalam kuantiti yang banyak
  • Pecah Pukal – perbuatan membuka petak atau ruang dalam kapal dan memunggah kargo selepas berlayar
  • Pukal Cecair – cecair yang diangkut menggunakan pengangkutan komersial dalam jumlah yang besar
 

3. Pengangkutan Awam di Malaysia

  1. Jalan raya & kereta api – bas, teksi, e-panggilan (e-hailing), rel bersepadu
  2. Air – feri, bot
  3. Udara – kapal terbang

 

4. Faktor mempengaruhi jaringan pengangkutan

 
  • Untuk faktor mempengaruhi jaringan pengangkutan, guru bolehlah mencadangkan akronim untuk memudahkan pelajar mengingati dan menghafal tajuk ini. 
  • Akronim digunakan BTKE-Beras Tempatan Keluaran Emas untuk Bumi Teknologi Kerajaan Emas.  
  • B-Bentuk muka bumi
    • Tanah tinggi – pembinaan yang sukar dan memerlukan kos yang tinggi
    • Tanah pamah – paling sesuai untuk dijadikan sebagai tapak pembinaan jaringan
    • Lembangan sungai – menelan kos yang tinggi kerana perlu ditambak dan membina jambatan yang kukuh
    • Pinggir laut – sesuai dijadikan sebagai tempat pelabuhan.
 
  • T-Kemajuan teknologi

 

  • K-Dasar kerajaan 
    • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam darat
    • Bidang Keberhasilan Utama Negara diwujudkan bertujuan untuk menambah baik pengangkutan awam di negara kita

 

  • E-Kegiatan ekonomi
    • Jaringan pengangkutan dibina di kawasan yang mempunyai sumber mineral bagi memudahkan kerja penghantaran bahan, pemprosesan dan pemasaran sumber ke tempat lain dijalankan.
 

5. Kepentingan pengangkutan Darat, Udara dan Air

 

a) Darat

 
  • Gunakan kata kunci seperti penumpang-barangan-satelit-ketersampaian-peniagaan-WKE
 
  • Membawa penumpang dan barangan dengan mudah 
  • Membangunkan bandar satelit
  • Mempertingkatkan darjah ketersampaian
  • Meningkatkan sektor perniagaan negara
  • Membangunkan wilayah koridor ekonomi
  • Membangunkan kawasan di persekitaran
 

b) Udara

 
  • Gunakan kata kunci seperti integrasi-ketersampaian
 
  • Menggalakkan integrasi nasional
  • Meningkatkan darjah ketersampaian
 

c) Air

 
  • Gunakan kata kunci seperti pendalaman-penumpang-barangan-perdagangan
 
  • Menghubungkan kawasan pedalaman
  • Membawa penumpang dan barangan
  • Mengendalikan urusan perdagangan
 

6) Kepentingan Pengangkutan Awam

 
  • Gunakan kata kunci 6M atau peta pelbagai alir untuk menerangkan kepada pelajar. 
 

  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas
  • Memajukan industri pelancongan
  • Mengurangkan kos
  • Mempertingkatkan darjah ketersampaian
  • Mengurangkan pencemaran udara
  • Mewujudkan peluang pekerjaan
 

7. Amalan Pengangkutan Lestari

 

a) Kepentingan amalan pengangkutan lestari

 
  • Gunakan kata kunci 6M atau peta pelbagai alir untuk menerangkan kepada pelajar. 
 
 
  • Mengurangkan kos bahan api
  • Mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas
  • Mengurangkan pelepasan bahan pencemar ke udara
  • Meningkatkan keselamatan terhadap pengangkutan awam
  • Mengurangkan hakisan tanah berlaku dengan lebih teruk
  • Menjaga flora dan fauna
 

b) Amalan pengangkutan

 
  • Gunakan kata kunci P2M atau peta pelbagai alir untuk menerangkan kepada pelajar. 
 
 
  • Penggunaan kereta elektrik dan hibrid
  • Mengehadkan penggunaan kereta dengan berkongsi kereta
  • Mengamalkan penggunaan pengangkutan awam

 

 

 

Rujukan: 

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Tag Darat Udara Air

Prior knowledge

1.  Nyatakan tiga (3) jenis utama pengangkutan.
2.  Nyatakan dua (2) kepentingan pengangkutan lestari.

1. 

Apakah antara amalan pengangkutan yang tidak wajar dilakukan?

Loading...
Load lesson