4 Strategi Mengukuhkan Memori Pelajar

4 Strategi Mengukuhkan Memori Pelajar

Share this post

Guru menggunakan pelbagai strategi dalam mengukuhkan pembelajaran pelajar dan berusaha untuk mendapatkan strategi yang tepat dan sesuai untuk memastikan pelajar dapat mengingati pembelajaran dalam jangka masa yang panjang. Antara beberapa strategi yang boleh dikongsikan adalah:

 

1. Amalan Ulang Semula

 

Amalan mengulang semula adalah kaedah yang cuba untuk mengingati semula pengetahuan dari ingatan jangka panjang, dan bukan terus menerus memasukkan ke dalam otak.

 

Aplikasi di dalam bilik darjah: Daripada memberikan kerja rumah untuk latihan kepada pelajar dengan bahan kursus, berikan beberapa kuiz ringkas pada permulaan setiap kelas mengenai pembelajaran hari sebelumnya. Ini sama ada mahu memberikan markah atau tidak kerana matlamatnya adalah untuk mengukuhkan pembelajaran, bukan mengukur gred pelajar.

Menurut buku Powerful Teaching (Agarwal & Bain) mengatakan, pelajar yang diberi kerja rumah hanya akan melihat soalan dan menjawabnya, malah ia tidak membantu pelajar untuk mengekalkan maklumat itu. Walaupun mereka mendapat gred yang baik, tetapi sukar untuk mereka membincangkan keesokkan harinya.

Menurut Bain, ketika beliau menggantikan kerja rumah dengan kuiz, beliau mendapati hasil yang jauh lebih dimana mereka boleh meningati maklumat yang dipelajari.

 

2. Amalan Pembelajaran Jarak yang Lama (Spaced Practice)

 

Selain melakukan ulangkaji secara berkala keatas topik yang baru dipelajari, ia juga penting untuk menyemak semula pembelajaran lama, minta pelajar mendapatkan maklumat yang dipelajarinya beberapa hari, minggu atau bulan yang lepas. Kerana maklumat itu lebih sukar untuk diingati, ia sebenarnya membuatkan pembelajaran tersebut lebih tahan lama.

 

Aplikasi di dalam bilik darjah: Membuat amalan mengulangkaji semula pembelajaran yang mempunyai jarak yang lama dengan memberi soalan yang meminta pelajar mengingati sesuatu semula mengenai pembelajaran yang lepas.

Apabila melakukan amalan ini, guru-guru haruslah bersedia menghadapi beberapa ketidakselesaan seperti pelajar tidak memberikan tindak balas kerana mereka telah lupa. Tidak mengapa kerana dengan melakukan amalan ini akan mengingatkan mereka kembali dan kemudian dapat mengukuhkan pembelajaran tersebut ke hadapan.

 

3. Campuran Pelbagai Topik

 

Daripada meminta pelajar untuk mendapatkan jenis maklumat yang sama dalam satu sesi berterusan, gunakan prinsip mencampurkan kandungan dari pelbagai topik yang berbeza.

 

Aplikasi di dalam bilik darjah: Tahan godaan dengan membolehkan pelajar ‘mengingkuti’ dengan latihan dan ulangkaji semula pembelajaran yang lepas. 

Menurut Agarwal, jika pelajar tahu bagaimana untuk  untuk menyelesaikan pecahan seperti contoh 10 soalan menyelesaikan pecahan berkaitan pendaraban, maka mereka akan menggunakan kaedah yang sama. Kemudian memberikan soalan berkaitan pecahan yang melibatkan pembahagian. Anda harus mencampurkan topik yang berlainan, dimana pelajar akan menggunakan pelbagai strategi dan menghalang pelajar dari menggunakan kaedah yang sama berulang kali.

Dengan mencampurkan topik memberikan cabaran dimana pelajar tahu perbezaannya, memilih strategi dan kemudian membantu dalam pembelajaran mereka.

 

4. Metakognitif Berdasarkan Maklum Balas

 

Metakognitif berdsarkan maklum balas dapat membantu pelajar belajar bagaimana membezakan antara apa yang mereka ketahui dan yang tidak mereka ketahui.

 

Aplikasi di dalam bilik darjah: Metakognitif berdasarkan maklum balas dapat digunakan semasa memberi latihan ulangkaji. Dimana setelah pelajar selesai membuat kuiz, bicangkan jawapan bersama mereka supaya mereka mengetahui segera sama ada betul atau salah.

Pada pembelajaran yang akan datang cuba bertanyakan kembali kepada pelajar dimana anda telah menggabungkan ulangkaji jarak yang lama. Selain itu juga, membenarkan mereka berbincang bersama pelajar lain.

 

Rujukan

Powerful Teaching, Pooja K. Agarwal & Patrice M. Bain.

Four Research-Based Strategies Every Teacher Should be Using

 

Tag Strategi Memori Pelajar

Prior knowledge

1.  Apakah strategi yang biasa anda gunakan untuk mengukuhkan memori pelajar?
Reflection

1.  Terangkan secara ringkas, apakah yang dimaksudkan dengan strategi campuran pelbagai topik seperti yang dikongsikan?
Loading...
Load lesson