2 jam 30 minit
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain.
KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2021 : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali semangat patriotisme dan cintakan tanah air yang telah tertanam sejak enam dekad lalu.
Dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa, semangat itulah yang telah menyatu-padukan rakyat sekaliannya dengan tekad dan iltizam, untuk bangkit menentang penjajah, sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi sebuah realiti.
Menikmati kemerdekaan adalah impian hidup setiap rakyat bagi negara yang dijajah British. Kemerdekaan tidak ternilai nikmatnya kerana ia memberi peluang kepada sesebuah negara menentukan hala tuju dan masa depan.
Kemerdekaan negara ini dikongsi oleh tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India serta lain-lain etnik di Sabah dan Sarawak. Pelbagai suka duka dilalui rakyat negara ini sehingga kita menikmati pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan. Kemajuan negara bukan sahaja sumbangan besar kepemimpinan negara, malah pelbagai lapisan masyarakat atau rakyat bekerja keras dalam memastikan kehidupan kita berubah.
Pelbagai dasar membabitkan aspek sosioekonomi dilaksanakan kerajaan demi menjamin rakyat menikmati keselesaan dalam mengharungi perjalanan hidup. Walaupun ia dinikmati bangsa Melayu, bangsa lain juga mendapat limpahan nikmatnya. Bumi Malaysia sungguh bertuah buat pelbagai bangsa hasil tadbir urus negara sekian lama yang mementingkan kestabilan politik dan ekonomi.
Get your homework done with live tutors’ help