Semangat Waja (Biasa)

Semangat Waja (Biasa)
 
Semangat Waja
Tulis satu karangan bentuk tidak berformat yang mempunyai 150 patah perkataan.
 
DSKP SKEMATIK :

Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

DOMAIN :

Awam

TEMA :

Semangat Waja

KATA KUNCI :

Tugas

ISTILAH SOALAN :

Huraikan – secara terperinci

FORMAT :

Biasa – Tidak Berformat

ISI KANDUNGAN :
  1. Semangat kental
  2. Semangat waja tidak cukup sekadar menjadi slogan
 
Malaysia ialah tanah air tercinta yang telah menempuhi pelbagai cabaran sejak merdeka pada tahun 1957. Tema "Dirgahayu Negaraku: Semangat Waja" membawa maksud keteguhan jiwa rakyat dalam mempertahankan maruah negara. Persoalannya, apakah makna sebenar semangat waja dalam konteks kenegaraan? Pepatah Melayu ada menyebut, “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” yang menggambarkan semangat perjuangan rakyat yang wajar terus subur walau diuji zaman.

Semangat waja bermaksud semangat kental yang tidak mudah mengalah dan sanggup berkorban demi negara. Semangat ini terbukti melalui perjuangan tokoh kemerdekaan dan pengorbanan pasukan keselamatan yang mempertahankan tanah air. Kini, semangat waja perlu dizahirkan melalui integriti, kesungguhan menimba ilmu dan semangat memperkasa negara. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 mengingatkan bahawa perubahan hanya berlaku apabila kita mengubah diri sendiri.

Namun, semangat waja tidak cukup sekadar menjadi slogan. Ia harus dipupuk melalui pendidikan, pemahaman sejarah serta nilai patriotisme sejak kecil. Ibu bapa, guru dan pemimpin harus memainkan peranan dalam membentuk jati diri generasi muda. Pendidikan sivik dan program kenegaraan wajar dijadikan asas membina semangat ini agar tidak luntur dek globalisasi.

Kesimpulannya, semangat waja perlu disemai dan disuburkan dalam setiap rakyat. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit, sebaliknya hargailah keamanan yang dikecapi. “Bersatu teguh, bercerai roboh” merupakan kunci kejayaan negara. Dirgahayu negaraku, semoga terus aman dan dihormati di persada dunia.

(213 patah perkataan)
 
LEGEND
  Isi Penting
  Mengapa isi penting tersebut dipilih
  Bagaimana untuk melaksanakan
  Kesan sekiranya ia dilaksanakan kepada masyarakat/ ekonomi/ etc
  Penegasan pemilihan isi penting
  Pantun/ Kata Hikmah/ Slogan/ Peribahasa/ Hadis/ Al-Quran/ etc