Cita-cita umpama bintang di langit yang tinggi dan bersinar indah. Tanpa cita-cita, hidup kita bagaikan kapal yang kehilangan arah. Persoalannya, mengapa penting mempunyai cita-cita jelas sejak kecil lagi?
Cita-cita memberi semangat dan arah tuju dalam hidup. Seperti peribahasa, “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Jika mahu menjadi doktor, usaha gigih, ilmu, disiplin dan doa perlu dijadikan tonggak kejayaan. Rasulullah SAW menggalakkan usaha dan tawakal dalam mencapai impian.
Saya bercita-cita menjadi guru untuk menyampaikan ilmu dan membentuk generasi cemerlang. Seperti lilin yang membakar diri, guru menterangi kehidupan orang lain. Cita-cita mulia harus disemai dengan kesungguhan dan keikhlasan.
Harapan saya, semua pelajar berani bermimpi dan berusaha. “Jika hendak melangkah seribu batu, mulakan dengan langkah pertama.” InsyaAllah, cita-cita setinggi bintang pasti digapai dengan izin Tuhan.
|