Kebersihan Sekolah (Laporan)

Kebersihan Sekolah (Laporan)
 
Kebersihan Sekolah
Tulis satu karangan bentuk berformat laporan yang mempunyai 120 patah perkataan.
 
DSKP SKEMATIK :

Kesihatan dan Kebersihan

DOMAIN :

Peribadi

TEMA :

Kebersihan Sekolah

KATA KUNCI :

Usaha

ISTILAH SOALAN :

Tulis laporan itu

FORMAT :

Laporan – Tidak Berformat

ISI KANDUNGAN :
  1. Gotong-royong, ceramah motivasi dan pertandingan mural
  2. Membentuk sahsiah pelajar
 
LAPORAN AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN SEKOLAH

Disediakan oleh:
Afiq Hakimi Bin Zulkifli
Setiausaha, Kelab Pencegahan Jenayah
SMK Taman Mutiara

Tarikh:
28 Mei 2025

Kempen Kebersihan Sekolah telah dianjurkan pada 15 Mei 2025 oleh Kelab Pencegahan Jenayah dengan kerjasama PIBG. Matlamat utama program ini adalah untuk menyemai kesedaran bahawa kebersihan mencerminkan keperibadian seseorang. Sabda Nabi Muhammad SAW, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Program ini bertujuan membentuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti gotong-royong, ceramah motivasi dan pertandingan mural bertema kebersihan. Program ini menggalakkan pelajar bertindak proaktif. Persoalannya, mengapa masih ada yang mengabaikan kebersihan? Peribahasa berkata, “Bersih badan, sihat akal.” Kebersihan penting untuk kesihatan dan imej diri.

Saya berpendapat kempen ini perlu diteruskan kerana dapat membentuk sahsiah pelajar. Sikap suka membuang sampah merata harus dibendung. Cadangan agar kempen diadakan setiap bulan dengan penglibatan ramai supaya hasilnya lebih efektif.

Harapan saya, semua warga sekolah sedar kebersihan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya tukang cuci. “Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.” Semoga usaha ini melahirkan generasi berdisiplin dan berperibadi mulia.

(149 patah perkataan)
 
LEGEND
  Isi Penting
  Mengapa isi penting tersebut dipilih
  Bagaimana untuk melaksanakan
  Kesan sekiranya ia dilaksanakan kepada masyarakat/ ekonomi/ etc
  Pengesan pemilihan isi penting
  Pantun/ Kata Hikmah/ Slogan/ Peribahasa/ Hadis/ Al-Quran/ etc