Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Memahami dan membina pelbagai ayat dalam teks menggunakan penanda wacana dengan betul
Back
Penanda Wacana
Penanda wacana
ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.
Penanda wacana
juga dikenali sebagai p
erangkai kata.
17.1
Penanda Wacana
Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya.
Kita boleh membahagikan penggunaan penanda wacana dalam sesuatu ayat bertujuan untuk menimbulkan lima (5) maksud sebagaimana berikut:
Untuk menimbulkan maksud yang menandakan pertentangan maklumat.
Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berubah dan persamaan.
Untuk menimbulkan maksud yang menunjukkan akibat atau kesimpulan.
Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya.
Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu.
Untuk menimbulkan maksud yang menandakan pertentangan maklumat:
Penanda Wacana
Ayat contoh
bagaimanapun
Adik menangis apabila anak patungnya hilang.
Bagaimanapun
, tangisannya reda apabila dipujuk oleh ibu.
biarpun demikian
Hana gagal mendapat sebarang tempat dalam larian itu.
Biarpun demikian
, dia tidak pernah berputus asa.
meskipun
Dia tidak berganjak dari tempat duduk itu
meskipun
hujan turun dengan lebat.
meskipun demikian
Pak Nasrul telah bertemu dengan beberapa orang doktor pakar.
Meskipun begitu
, penyakitnya masih lagi berulang.
namun
Aiman menjerit dengan sekuat-kuat hati.
Namun
, tiada siapa yang mendengar.
namun begitu
Afiq memang seorang murid yang pintar.
Namun begitu
, dia jarang membantu rakannya yang kurang faham dalam pelajaran.
namun demikian
Projek itu telah mendapat kritikan daripada sesetengah pihak.
Namun demikian
, pelaksanaannya tetap diteruskan.
sebaliknya
Azfar menuduh Hakim mencuri.
Sebaliknya
, dia yang berbuat demikian.
sungguhpun demikian
Fahmi seorang kanak-kanak yang cacat.
Sungguhpun demikian
, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.
walau bagaimanapun
Kami tidak mahu mengikut laluan itu.
Walau bagaimanapun
, itulah satu-satu jalannya ke sana.
walaupun demikian
Amirul mengulangkaji pelajarannya siang dan malam.
Walaupun demikian
, keputusannya tetap tidak memberangsangkan.
walaupun begitu
Zulkhairi sering makan.
Walaupun begitu
, badannya tetap kurus.
Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berubah dan persamaan:
Penanda Wacana
Ayat contoh
lagipun
Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya.
Lagi pun
, harga barangnya murah.
lebih-lebih lagi
Saya tidak dapat melihat dengan jelas.
Lebih-lebih lagi
, pada waktu malam.
malah
Razak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Malah
, dia turut ditawarkan biasiswa oleh kerajaan negeri.
tambahan pula
Rahim kurang gemar melihat pertunjukkan itu.
Tambahan pula
, diadakan pada waktu malam.
Untuk menimbulkan maksud yang menunjukkan akibat atau kesimpulan:
Penanda Wacana
Ayat contoh
kesimpulannya
Kesimpulannya
, gagasan Satu Malaysia dapat membantu menggembalikan perpaduan sesama kaum.
tuntasnya
Secara
tuntasnya,
aktiviti bersenam dapat memastikan kesihatan tubuh badan.
oleh itu
Virus Covid-19 mudah untuk merebak.
Oleh itu
, kita seharusnya mengikuti SOP yang diberikan.
oleh sebab itu
Fauzi seorang pelajar yang cemerlang.
Oleh sebab itu
, dia dipilih sebagai Tokoh Murid.
Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya:
Penanda Wacana
Ayat contoh
kemudian
Mula-mula masukkan sebungkus tepung gandum.
Kemudian
, masukkan pula lima biji telur.
selanjutnya
Datuk Ashraf menyampaikan ucapan.
Selanjutnya
, beliau merasmikan laman web sekolah itu.
selepas itu
Emak memasukkan adik ke dalam buaian.
Selepas itu
, adik pun tidur.
Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu:
Penanda Wacana
Ayat contoh
dalam pada itu
Mak Timah mengambil upah membasuh kain.
Dalam pada itu
, dia juga menjual kuih pada waktu petang.
di samping itu
Pihak polis telah mengetatkan lagi kawalan di Menara Jati.
Di samping itu
, beberapa orang pegawai juga telah ditugaskan untuk memerhati pergerakan kenderaan di jalan yang berhampiran.
selain itu
Membaca dapat menambahkan ilmu.
Selain itu
, membaca juga dapat mengisi masa lapang kta daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
sebelum itu
Hajrah akan ke Kulim sebentar lagi.
Sebelum itu
, dia memastikan kenderaannya dalam keadaan yang selamat untkuk digunakan.

Chapter : Aspek Tatabahasa
Topic : Memahami dan membina pelbagai ayat dalam teks menggunakan penanda wacana dengan betul
Year 6
Bahasa Melayu
View all notes for Bahasa Melayu Year 6
Related notes
Komponen Penulisan
Kata Kerja
Kata Bilangan
Kata Nama
Kata Ganti Nama
Kata Penegas
Kata Hubung
Kata Adjektif
Kata Tanya
Kata Perintah
Report this note
Multi-Level Quiz Sets
Assess yourself by staged practices
Learn more
Register for a free Pandai account now
Report a Problem
×
There is something wrong with this question.
Content text
Content graphic
Inaccurate Fact
Additional Info and Comment
Submit Report
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account