Kata Penegas

 
  • Kata penegas disebutkan juga sebagai partikel atau kata penyerta iaitu sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. 
 
13.1  Kata Penegas

 

  • Terdapat dua jenis kata penegas iaitu:
    •  Kata penegas yang menegaskan hanya frasa prediket atau bahagiannya yang mengalami proses penyongsangan ayat.

      • Contohnya -kah, -tah, dan -lah.

    •  Kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa prediket atau bahagiannya.

      • Contohnya juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang.

Jenis Kata Penegas Penggunaan Ayat Contoh
-lah Menegaskan sesuatu suruhan, permintaan, doa, atau penyataan  Apalah guna kamu mengenang dia.
-kah Menegaskan sesuatu pertanyaan atau memberikan penekanan kepada sesuatu kata tanya  Apakah tujuan kamu ke sini?
-tah Menegaskan sesuatu penyataan, maksud hairan atau tidak sabar  Apatah dayaku hendak membantumu.
hanya Menegaskan sesuatu penyataan  Hanya kamu tahu rahsia ini.
jua/juga Menegaskan sesuatu penyataan  Dia cemerlang dalam pelajaran. Dia juga aktif dalam bersukan.
lagi

Memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya

 Sebentar lagi saya datang.
pun Memberikan penekanan kepada ayat penyata  Saya pun menyertai pertandingan itu.
saja Memberikan penekanan kepada ayat penyata atau ayat perintah  Saya saja cakap, tidak ada maksud lain.