Peribahasa yang telah tercipta memang banyak.
Peribahasa dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan dan sebagai.
Perumpamaan pula merupakan jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata- kata yang membentuk perumpamaan itu.
Biasanya kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama terkandung dalam perumpamaan.
Contohnya:
Pepatah merupakan jenis peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.
Bidalan merupakan jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.
Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
ada gula ada semut
Bandingan ialah sejenis peribahasa yang maknanya dinyatakan dengan amat jelas dan terus terang, secara membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Kata-kata hikmat merupakan jenis peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang.
Kata-kata tersebut berisi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup.
bahasa jiwa bangs
hidup ini suatu perlumbaa
berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan dan sebagainya.
Live class daily with celebrity tutors