Imbuhan

 
  • Imbuhan ialah proses penambahan pada kata dasar.
  • Imbuhan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
    • Imbuhan awalan
    • Imbuhan akhiran
    • Imbuhan apitan
 
10.1  Imbuhan Awalan
 
  • Imbuhan awalan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar.
  • Imbuhan awalan boleh wujud dalam kata nama terbitan , kata kerja terbitan dan
    kata adjektif terbitan.
  • Contoh imbuhan awalan ialah: 
    • pe- = peladang, petani
    • pem- = pembalit, pembantu
    • pen- = pendidik, penjaja
    • peng- = pengganggu, pengganti
    • penge- = pengebom, pengecat
    • ke- = ketua, kekasih
    • juru-=jurutera, juruterbang
    • ter- = terbesar, terindah
    • se- = setenang, semahal
    • meN- = melantik, membalas, mendakap, menggaru, mengepos
    • memper-= memperbesar, mempercepat
    • beR-= bersinar, berehat, bergegar, belayar
    • di-= diangkat, dijentik, dijemput
 
10.2  Imbuhan Akhiran
 
  • Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
  • Imbuhan akhiran hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.
  • Contoh imbuhan akhiran ialah:
    • -an = makanan, bantahan, dorongan
    • -i = akhiri, salami, dekati
    • -kan = serahkan, ikatkan, patahkan
 
10.3  Imbuhan Apitan
 
  • Imbuhan apitan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan dan belakang kata dasar.
  • Imbuhan apitan wujud dalam kata nama terbitan , kata kerja terbitan dan kata
    adjektif terbitan.
  • Contoh imbuhan apitan ialah:
    • - peN.. an = pelabuhan, pembukaan, penjelasan, penghantaran, pengeboman
    • per…an = perhentian, persisiran
    • pel…an = pelajaran, pelunjuran
    • ke….an = kebangsaan, kejayaan, kecinaan, kemelayuan
    • meN...an = melahirkan, membelikan, mencurahkan, menghiburkan, mengetinkan
    • meN…i = menaiki, mempunyai, mendalami, mengairi
    • di….kan = diserahkan, dikoyakkan
    • di….i = dilindungi, disusuli