Kata Nama

  • Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.
  • Selalunya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.
  • Kata nama terbahagi kepada dua iaitu:
    • Kata Nama Am
    • Kata Nama Khas
1.1  Kata Nama Am
  • Kata nama am digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, tumbuhan,benda dan tempat.
  • Contoh-contoh kata nama am mengikut kumpulan:
Kumpulan Contoh Kata Nama
Manusia Kakak, abang, nenek
Haiwan Itik, tikus, ayam
Tumbuhan Mawar, timun, kacang
Benda Kerusi, pensel, buku
Tempat Kantin, sekolah, padang
 
1.2  Kata Nama Khas
  • Kata nama khas digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, tumbuhan,benda dan tempat.
  • Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada awalan huruf dalam setiap perkataan.
  • Contoh-contoh kata nama khas mengikut kumpulan:

 

Kumpulan Contoh Kata Nama
Manusia Azura, Siew Mun, Inspektor Zaini
Haiwan Sang kancil, Si Tompok, Sang buaya
Benda Bata, Nokia, Samsung
Tempat Restoran Siti, Hentian Pudu Raya