Kata Bilangan

 
  • Kata bilangan merupakan perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
  • Kata bilangan ada enam jenis, iaitu:
    • Kata bilangan tentu
    • Kata bilangan tak tentu
    • Kata bilangan pecahan
    • Kata bilangan pisahan
    • Kata bilangan himpunan
    • Kata bilangan tingkat
 
9.1  Kata Bilangan Tentu
  • Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,seratus,seribu, dan dua juta.

 
9.2  Kata Bilangan Tak Tentu
  • Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekalian,para dan berbagai-bagai.
9.3  Kata Bilangan Himpunan
  • Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.
  • Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh,berates-ratus, dan ketiga-tiga.
9.4  Kata Bilangan Pisahan
  • Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan.
  • Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/ tiap-tiap.
9.5  Kata Bilangan Pecahan
  • Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, satu per empat dan setengah.

9.6  Kata Bilangan Tingkat
  • Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua,kesepuluh dan keseratus.