|
||
|
1. Lambang Jati Diri Bahasa kebangsaan berperanan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia dan perakuan jati diri rakyat Malaysia |
||
|
2. Asas Pembinaan Negara Masyarakat berbilang kaum memerlukan satu bahasa yang difahami oleh semua kaum sebagai panduan. |
||
|
3. Bahasa Persuratan Bahasa kebangsaan digunakan dalam karya persuratan. Contohnya, pantun, syair dan novel. |
||
|
4. Bahasa Perhubungan Bahasa kebangsaan merupakan bahasa komunikasi antara masyarakat berbilang kaum di negara kita dan peringkat serantau. |
||
|
5. Bahasa Undang-undang Bahasa kebangsaan digunakan dalam urusan rasmi di mahkamah. |
||
|
6. Bahasa Ekonomi Bahasa kebangsaan digunakan dalam kegiatan ekonomi di negara kita. |
||
|
7. Bahasa Pentadbiran Bahasa kebangsaan digunakan dalam urusan rasmi seperti mesyuarat, kursus, taklimat, bengkel dan surat-menyurat. |
||
|
8. Bahasa Pendidikan Bahasa kebangsaan merupakan bahasa pengantar dan penyampaian maklumat dalam sistem pendidikan negara kita. |
||