Istimewanya Bunga Raya

 
12.1 Istimewanya Bunga Raya
 

Kementerian Pertanian meminta cadangan nama bunga sebagai bunga kebangsaan daripada semua kerajaan negeri (1958).

 

Tujuh jenis bunga dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

  1. Bunga raya
  2. Bunga kenanga
  3. Bunga melur
  4. Bunga cempaka
  5. Bunga teratai
  6. Bunga mawar
  7. Bunga tanjung.
 

Selepas pertimbangan yang teliti, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama, memilih bunga raya merah. Bunga raya merah diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960.

 

Bunga raya merah dipilih kerana:

  • Warna dan bentuknya yang menyerlah.
  • Nama yang seragam di seluruh negara.
  • Mudah didapati di seluruh negara.
  • Berbunga sepanjang tahun.
  • Belum menjadi bunga kebangsaan untuk negara lain pada ketika itu.
 
 

Nama saintifik bunga raya ialah Hibiscus rosa-sinensis.

Di Malaysia sahaja, terdapat hampir 300 spesies Hibiscus.