Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

 
11.4 Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
 

1. Komunikasi Harian

Bahasa Melayu sering kali digunakan bersama-sama dengan bahasa lain dalam komunikasi harian. Sebagai rakyat, kita perlu mengutamakan penggunaan bahasa Melayu.

 

2. Sikap Penutur

Sikap penutur yang malu atau tiada kesungguhan lebih menyukarkan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Setiap rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan.

 

3. Bidang Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat pada masa ini amat penting. Kebanyakan alat dan aplikasi teknologi maklumat menggunakan bahasa Inggeris.

 

4. Latar Belakang Keluarga

Ibu bapa atau keluarga perlu memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada anak-anak dalam penggunaan bahasa kebangsaan yang betul

 

5. Bidang Pendidikan

Cabaran dalam penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid wujud kerana mereka cenderung menggunakan bahasa ibunda atau dialek mereka semasa proses pembelajaran

 

6. Penggunaan Bahasa Rojak

Penggunaan bahasa kebangsaan dalam sesuatu majlis atau media sosial banyak mencampuradukkan bahasa. Penyusunan ayat, kosa kata dan sebutan sering disalahgunakan oleh masyarakat

 
 
Bahasa Rojak - Bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya.