Peranan Bahasa Kebangsaan

 
11.2 Peranan Bahasa Kebangsaan
 

1.  Lambang Jati Diri

Bahasa kebangsaan berperanan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia dan perakuan jati diri rakyat Malaysia

 

2. Asas Pembinaan Negara

Masyarakat berbilang kaum memerlukan satu bahasa yang difahami oleh semua kaum sebagai panduan.

 

3. Bahasa Persuratan

Bahasa kebangsaan digunakan dalam karya persuratan. Contohnya, pantun, syair dan novel.

 

4. Bahasa Perhubungan

Bahasa kebangsaan merupakan bahasa komunikasi antara masyarakat berbilang kaum di negara kita dan peringkat serantau.

 

5. Bahasa Undang-undang

Bahasa kebangsaan digunakan dalam urusan rasmi di mahkamah.

 

6. Bahasa Ekonomi

Bahasa kebangsaan digunakan dalam kegiatan ekonomi di negara kita.

 

7. Bahasa Pentadbiran

Bahasa kebangsaan digunakan dalam urusan rasmi seperti mesyuarat, kursus, taklimat, bengkel dan surat-menyurat.

 

8. Bahasa Pendidikan

Bahasa kebangsaan merupakan bahasa pengantar dan penyampaian maklumat dalam sistem pendidikan negara kita.