Etika Nyanyian Lagu Kebangsaan

 
10.4 Etika Nyanyian Lagu Kebangsaan
 

1. Kedudukan Fizikal Semasa Nyanyian

  • Berdiri tegak.
  • Kedua-dua belah tangan diletakkan di sisi dan diluruskan ke bawah.
  • Kedua-dua belah kaki dirapatkan.
 

2. Suara dan Penghayatan semasa Nyanyian

  • Menyanyi secara jelas dan serentak.
  • Menyebut lirik lagu dengan betul dan bersemangat.
  • Menghayati lirik lagu.
  • Tidak bermain-main semasa bernyanyi
 

3. Bagi Murid yang Datang Lewat ke Sekolah

  • Berhenti berjalan apabila mendengar nyanyian lagu kebangsaan.
  • Hendaklah meletakkan beg di sisi kaki.
  • Berdiri tegak.
 

4. Bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

  • Bagi yang berkerusi roda, kepala mesti tegak.
  • Mata memandang bendera.
  • Kedua-dua tangan di atas paha.
  • Kaki dirapatkan.
 
 

Denda tidak melebihi RM100 atau dipenjara tidak melebihi satu bulan jika didakwa atas kesalahan tidak menghormati lagu Negaraku.