Menghayati Maksud Lagu Kebangsaan

 
10.3 Menghayati Maksud Lagu Kebangsaan
 

Lagu Negaraku

Negaraku

Tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup

Bersatu dan maju

 

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan

Raja kita

Selamat bertakhta

 

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan

Raja kita

Selamat bertakhta

 

Maksud Lirik Lagu Negaraku

  • Menyeru rakyat daripada pelbagai bangsa dan agama supaya hidup bersatu padu untuk mencapai kemajuan.
  • Memohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk kesejahteraan raja yang memerintah rakyat serta negara.
 
 
  • Menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara
  • Berpegang teguh kepada agama dan perintah Tuhan
  • Mempunyai cita-cita dan berusaha untuk maju
  • Hidup bersatu padu dan hormat kaum serta agama lain
  • Bersyukur lahir di sebuah negara yang indah, aman dan merdeka