Sejarah Lagu Kebangsaan Malaysia

 
10.1 Sejarah Lagu Kebangsaan Malaysia
 
  • Lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu belum wujud ketika negara bersiap sedia untuk menyambut hari kemerdekaan.
  • Satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan diadakan.
  • 514 penyertaan diterima daripada peserta dari dalam dan luar negara.
  • Namun tidak ada yang sesuai.
  • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengesyorkan irama lagu kebesaran negeri Perak dijadikan lagu kebangsaan
  • Jawatankuasa pemilihan mengambil baris sajak yang dihantar orang ramai dan diletakkan pada lirik lagu kebangsaan
 
 

Lagu Negaraku diperdengarkan buat pertama kali di Padang Kelab Selangor atau kini dikenali sebagai Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos 1957.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan iaitu Negaraku.