Hormat Bendera Harmoni Negara

 
9.4 Hormat Bendera Harmoni Negara
 
Bendera kebangsaan dalam bentuk gegantung, kedudukan bulan sabit dan bintang mestilah diletakkan menghala ke atas dan jalur membujur di bahagian bawah.
 
Bendera kebangsaan yang dipamerkan atau dilukis pada dinding mestilah diletakkan bulan sabit dan bintang di bahagian kiri apabila dipandang dari hadapan
 
Apabila dijadikan latar belakang tempat berucap, bendera kebangsaan mestilah diletakkan lebih tinggi dan di belakang orang yang berucap.
 

Sekiranya bendera diarak sebaris semasa perarakan, bendera kebangsaan hendaklah mendahului bendera-bendera lain

 
 
Etika Menaikkan dan Menurunkan Bendera Kebangsaan
  1. Berpakaian kemas.
  2. Pastikan bendera tidak meleret ke tanah.
  3. Pastikan bendera berada dalam keadaan baik.
  4. Pastikan tali bendera kuat dan tidak mudah putus.
  5. Bendera hendaklah dinaikkan dan diturunkan secara perlahan-lahan dengan tertib.
  6. Semasa berkabung, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dan kemudian diturunkan semula ke separuh tiang.
  7. Apabila bendera sampai ke bawah, bendera hendaklah ditatang atau diletakkan di bahu