Lambang dan Makna pada Jata Negara

8.3 Lambang dan Makna pada Jata Negara
 
  • Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam Malaysia.
  • Lambang bulan sabit dan bintang bermaksud Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia.
 
  • Dua ekor harimau yang melambangkan keberanian
 
  • Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
 
  • Empat jalur warna di tengah-tengah perisai merujuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  • Warna merah dan kuning melambangkan negeri Selangor
  • Warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang.
  • Warna hitam, putih dan kuning melambangkan negeri Perak
  • Warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan
 
  • Di bahagian kiri perisai, terdapat sebatang pokok pinang dan jambatan yang mewakili negeri Pulau Pinang.
 
  • Di bahagian kanan perisai, terdapat sebatang pokok melaka yang mewakili negeri Melaka
 
  • Negeri Sarawak dan negeri Sabah dilambangkan dengan jata negeri masing-masing.
  • Di antara kedua-dua lambang tersebut terdapat sekuntum bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan negara kita
 
  • Cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu” yang bermaksud semangat permuafakatan akan mempererat perpaduan antara rakyat di Malaysia.