Sejarah Jata Negara

 
8.2 Sejarah Jata Negara
 
 
  • Jata negara diperkenalkan pada tahun 1948.
  • Lima bilah keris, lambang Pulau Pinang, Melaka serta empat warna di dalam petak iaitu putih, merah, hitam dan kuning pada sebuah perisai yang disokong oleh dua ekor harimau.
  • Terdapat lambang bintang pecah 11 serta bulan sabit kuning di atas perisai tersebut.
  • Terdapat cogan kata " Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dalam tulisan Jawi dan Bahasa Inggeris.
 
 
  • Tahun 1963, Jata Negara diubah selepas penubuhan Malaysia.
  • Singapura, Sarawak dan Sabah diletakkan di sebelah bawah perisai.
  • Lambang negeri Melaka diubah kepada pokok melaka.
  • Cogan kata "Bersekutu Bertambah Mutu" juga diubah kepada bahasa Melayu.
 
  • Tahun 1965, lambang Singapura digugurkan dan diganti dengan lambang bunga raya.
 
  • Jata Negara sekarang telah dikemaskini pada lambang negeri Pulau Pinang dan dua ekor harimau diubah kepada yang lebih realistik.
  • Perubahan dilakukan pada lambang negeri Sarawak dan Sabah. Bintang pecah 14, bulan sabit, lima bilah keris, pokok melaka, empat warna, iaitu putih, merah, hitam dan kuning di dalam petak serta cogan kata dikekalkan