Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong

 
7.4 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong
 
Ketua Utama Negara  
 
  • Institusi Yang di-Pertuan Agong diwujudkan apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
  • Penubuhan institusi Yang di-Pertuan Agong dibuat semasa Perlembagaan Persekutuan dirangka.
  • Dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong dinyatakan sebagai Ketua Utama Negara
  • Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong memayungitiga badan kerajaan, iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
 
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
 
  • Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan melalui sistem penggiliran yang unik antara sembilan orang raja Melayu bagitempoh lima tahun.
  • Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.
 
Kronologi Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
 
  • Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat melalui undian sulit oleh sembilan orang raja Melayu dalam Majlis Raja-Raja.
  • Majlis Raja-Raja mengisytiharkan nama raja atau sultan yang terpilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
  • Surat pengesahan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dihantar kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
  • Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong.
  • Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah atau ikrar dan menandatangani surat sumpah memegang
 
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
 
  • Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah memegang jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
  • Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat sumpah memegang jawatan yang disembahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
  • Perdana Menteri membacakan Watikah Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada majlis istiadat pertabalan.
  • Yang di-Pertuan Agong mengucup Keris Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara pada majlis istiadat pertabalan.
  • Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar untuk menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama pada majlis istiadat pertabalan.
 
 Gambar  menunjukkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti menjadi Ketua agama Islam bagi negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja, iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan, Mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat, Mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan dan membubarkan Parlimen, Melantik Perdana Menteri dan anggota kabinet Malaysia BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG Memperkenankan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera ↓ Pandai Memelihara kepentingan sah kaum- kaum lain sebagai warganegara Malaysia Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia