Ketua Utama Negara

 
7.1 Ketua Utama Negara
 
 

Badan Perundangan: Badan yang menggubal undang-undang negara.

Badan Eksekutif: Badan yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan.

Badan Kehakiman: Badan yang mentadbir keadilan secara saksama

 

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan, sistem penggiliran antara sembilan orang raja Melayu bagi tempoh 5 tahun.

 
 
Rajah Kronologi Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
1. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat melalui undian sulit oleh sembilan orang raja Melayu dalam Majlis Raja-Raja.
2. Majlis Raja-Raja mengisytiharkan nama raja atau sultan yang terpilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
3. Surat pengesahan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dihantar kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan
4. Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong.
5. Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah atau ikrar dan menandatangani surat sumpah memegang jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.