Detik dan Pemasyhuran Kemerdekaan

 
6.3 Detik dan Pemasyhuran Kemerdekaan
 

31 Ogos 1957

Tarikh keramat untuk negara kita mencapai kemerdekaan dan berakhirnya zaman penjajahan.

 

12.00 tengah malam

Bendera Union Jack diturunkan sebagai simbolik berakhirnya zaman penjajahan British di Tanah Melayu

 

12.01 tengah malam

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan membuktikan Tanah Melayu ialah sebuah negara yang merdeka.

 

Pemasyhuran Kemerdekaan

Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu disempurnakan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur di hadapan raja-raja Melayu dan rakyat serta perwakilan dari 30 buah negara Komanwel.

Tunku Abdul Rahman melaungkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali dan disambut dengan gemuruh oleh rakyat yang hadir. Serentak dengan itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan Negaraku

 
Komanwel - Negara bekas tanah jajahan British