Ke Arah Menuntut Kemerdekaan

 
6.2 Ke Arah Menuntut Kemerdekaan
 
1942-1945 (Pendudukan Jepun)
  • Pendudukan Jepun menyebabkan banyak kesengsaraan.
  • Pemimpin tempatan bangkit menggerakkan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan
 
1946-1948 (Malayan Union)
  • British memperkenalkan Malayan Union yang merupakan bentuk penjajahan baharu.
  • Menghapuskan kuasa raja-raja Melayu.
  • Orang Melayu yang dipimpin oleh Dato’ Onn bin Ja’afar bangkit menentang Malayan Union.
  • Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
 
1948 (Ancaman Komunis)
  • Parti Komunis Malaya (PKM) melakukan kezaliman seperti membunuh, memusnahkan lombong bijih timah dan ladang getah.
  • Keganasan komunis mengakibatkan darurat diisytiharkan di seluruh negara pada tahun 1948.
  • Rundingan Baling telah diadakan pada tahun 1955 tetapi gagal.
  • Pada tahun 1960, darurat diisytiharkan tamat
 
1945-1951 (Kemunculan Parti-parti Politik)
  • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.
  • United Malays National Organisation (UMNO) pada tahun 1946.
  • Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1946.
  • Hizbul Muslimin pada tahun 1948.
  • Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949.
  • Parti Islam Se-Malaya (PAS) pada tahun 1951
 
1955 (Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan)
  • Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC ditubuhkan bagi menghadapi pilihan raya.
  • Setiap parti politik mewakili setiap kaum, iaitu Melayu, Cina dan India. Parti Perikatan menang dalam pilihan raya ini.
  • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.
  • Parti Perikatan telah berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan
 
1956 (Rundingan London)
  • Wakil raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan berangkat ke London.
  • Tujuan mereka ke London adalah untuk berunding dengan British berkaitan dengan kemerdekaan.
 
1957 (Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu)
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
 
 

Rundingan Kemerdekaan

  • Rombongan kemerdekaan berangkat ke London untuk berunding dengan pihak British yang diwakili Lord Alan Lennox-Boyd.
  • Ahli rombongan:
    - Empat wakil raja Melayu 
    - Empat wakil Parti Perikatan
  • Hasil rundingan ini:
    - Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu , atau dikenali sebagai
    - Perjanjian London
    - 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan
 

Wakil Raja-raja Melayu:

  • Dato’ Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz (Dato’ Panglima Bukit Gantang)
  • Abdul Aziz Abdul Majid
  • Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
  • Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
 

Wakil Parti Perikatan:

  • Tunku Abdul Rahman
  • Dato’ Abdul Razak Hussein
  • Dr. Ismail Abdul Rahman
  • Kolonel H.S. Lee
 
 

Pengumuman Kemerdekaan

  • Rombongan kemerdekaan kembali ke Tanah Melayu pada 16 Februari 1956
  • 20 Februari 1956, rombongan kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan menaiki pesawat Malayan Airways
  • Tunku Abdul Rahman mengumumkan bahawa persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.
  • Bendera Union Jack diturunkan pada 6.30 petang 30 Ogos 1957 di padang Banda Hilir, Melaka.
  • Disaksikan Pesuruhjaya Tinggi British di Melaka, H.G. Hammett bersama rakyat jelata
  • Melambangkan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu