Sebab Penentangan Pahlawan Tempatan

 
5.2 Sebab Penentangan Pahlawan Tempatan
 
Dol Said
 
  • Naning merupakan kawasan yang bersempadan dengan Melaka.
  • British mendakwa Naning ialah jajahannya tetapi Dol Said membantah.
  • Dol Said enggan membayar cukai hasil tahunan satu persepuluh kepada British.
  • Dol Said berusaha untuk mempertahankan kedaulatan Naning.
 
Rentap
 
  • James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Nanga Skrang.
  • James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun.
 
Sharif Masahor
 
  • Sharif Masahor menentang James Brooke kerana menguasai Sarikei.
  • Penguasaan James Brooke menyebabkan Sharif Masahor kehilangan hak dan kuasa sebagai pembesar di Sarikei.
 
Dato Maharaja Lela
 
  • Residen British J.W.W. Birch campur tangan dalam pentadbiran negeri dan adat resam orang Melayu.
  • Residen British mengambil alih kuasa sultan dan pembesar tempatan.
  • British memperkenalkan cukai baharu yang membebankan rakyat.
  • Residen British bersikap angkuh dan sombong.
 
Yamtuan Antah
 
  • Yamtuan Antah menentang British kerana mencampuri urusan pentadbiran di Sungai Ujong.
  • British menyokong Dato’ Kelana yang mendakwa Terachi ialah wilayahnya.
  • Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan British menyokong Dato’ Kelana.
  • Yamtuan Antah bimbang British akan meluaskan kuasa terhadap wilayah lain.
 
Dato Bahaman
 
  • Dato’ Bahaman kehilangan hak memungut cukai dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar.
  • Dato’ Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua yang merupakan kawasan pengaruhnya.
 
Mat Salleh
 
  • Mat Salleh menentang SBUB kerana tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah di Sandakan, Menggatal, Inanam dan Pulau Gaya.
  • SBUB mengambil alih hak memungut cukai dan mengadakan peraturan baharu yang membebankan rakyat.
 
Antenom
 
  • SBUB menjadikan kaum Murut sebagai buruh paksa untuk membina jalan.
  • SBUB tidak menghiraukan adat dan kepercayaan penduduk dengan menceroboh kawasan hutan yang dianggap mengganggu roh nenek moyang mereka.
  • Pengenalan cukai baharu yang membebankan rakyat.
  • SBUB tidak membenarkan penduduk membuka tanah untuk pertanian
 

 

 
 Gambar menunjukkan sebab penentangan TOK JANGGUT kerana tidak bersetuju dengan pengenalan Sistem Penasihat British, Penduduk tempatan dipaksa menerima sistem cukai dan peraturan tanah baharu yang membebankan mereka, Peraturan baharu British menimbulkan kesulitan kepada penduduk tempatan
 
Haji Abdul Rahman Limbong
 
  • British memperkenalkan undang-undang baharu yang membebankan rakyat seperti peraturan tanah untuk petani menjalankan kegiatan pertanian.
  • British mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang sekiranya penduduk tempatan enggan membayar cukai.