Kesan Terhadap Pentadbiran dan Sosioekonomi Akibat Penjajahan

 
4.4 Kesan Terhadap Pentadbiran dan Sosioekonomi Akibat Penjajahan
 
Kesan terhadap Pentadbiran
 

1. Negeri-negeri Selat (1826)

  • Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat.
  • Negeri-negeri ini merupakan Tanah Jajahan Mahkota.
  • Negeri-negeri Selat ditadbir oleh Gabenor.
 

2. Sarawak (1841)

  • Pemerintahan bercorak monarki diperkenalkan.
  • Pemerintah Sarawak dikenali sebagai “Rajah Putih”.
  • Pentadbiran Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian yang ditadbir oleh Residen
 

3. Borneo Utara (Sabah) (1881)

  • Lembaga Pengarah SBUB di London memberikan arahan terhadap hal ehwal pentadbiran Borneo Utara.
  • Pentadbiran negeri diketuai oleh Gabenor
 

4. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896)

  • Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  • Residen British dilantik untuk mengurus pentadbiran negeri.
  • Residen British tidak boleh mencampuri hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu
 

5. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (1909 dan 1914)

  • Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  • Pada tahun 1914, Johor turut dimasukkan dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  • Penasihat British dilantik untuk membantu pentadbiran negeri tersebut
 
MONARKI - Pemerintahan beraja
 
Residen British dan Penasihat British berperanan sebagai penasihat raja atau sultan
 
Tanah Jajahan Mahkota ialah negeri yang diperintah secara langsung oleh kerajaan British
 
 

Kesan Terhadap Ekonomi

1. Perkembangan Industri Perlombongan

  • Industri perlombongan giat dilakukan.
  • Tanah Melayu - bijih timah.
  • Sarawak - emas
  • Sabah - arang Batu

2. Perkembangan Pertanian Komersial

  • Pertanian komersial untuk tujuan eksport.
  • Tanah Melayu – kelapa sawit, tebu dan kopi.
  • Sarawak – lada hitam
  • Sabah – tembakau

3. Perkembangan Penanaman Getah

  • Banyak estet getah dibuka.
  • Syarikat Eropah seperti Guthrie dan British North Borneo Company terlibat dalam sektor penanaman getah.

4. Sistem Perbankan Moden

  • Sistem perbankan diperkenalkan.
  • Bank seperti Mercantile Bank (1859) dan The Chartered Bank (1888) ditubuhkan.
 
 

Kesan Terhadap Sosial

1. Pembentukan Masyarakat Majmuk

  • Kemasukan tenaga kerja dari negara China dan India mewujudkan masyarakat majmuk

2. Perkembangan Bandar Baharu

  • Bandar baharu muncul sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pelabuhan.
  • Contohnya, Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Seremban, Sibu, Miri, Jesselton (Kota Kinabalu), Sandakan dan Tawau

3. Perkembangan Sistem Pendidikan

  • Sistem pendidikan vernakular mengikut aliran bahasa Melayu, Cina dan Tamil diperkenalkan.
  • Sekolah Inggeris diwujudkan di kawasan pekan dan bandar.
  • Pendidikan pada peringkat maktab untuk melatih bakal guru diperkenalkan.

4. Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

  • Jalan kereta api dan jalan raya dibina untuk memudahkan hasil dihantar ke pelabuhan.
  • Sistem pos, telegraf dan telefon diperkenalkan

5. Perkembangan Perkhidmatan Kesihatan

  • Pembukaan hospital dan dispensari untuk merawat pesakit.
 

Eksploitasi sumber bahan mentah oleh penjajah menyedarkan kita betapa pentingnya kedaulatan dan kemakmuran negara dipelihara.

Kita perlu tahu bahawa segala kesan pentadbiran, sosial dan ekonomi yang wujud adalah untuk kepentingan pihak penjajah semata-mata

 

DISPENSARI - Tempat mengambil ubat

EKSPLOITASI - Mengambil kesempatan terhadap sesuatu untuk keuntungan sendiri

VERNAKULAR - Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar