Bumi Bertuah Menjadi Rebutan

 
4.3 Bumi Bertuah Menjadi Rebutan
 

Faktor Kedatangan Kuasa Asing

1. Kedudukan Strategik

  • Kedudukan Melaka di laluan jalan perdagangan timur dan barat.
  • Melaka muncul sebagai pelabuhan persinggahan yang penting.
  • Portugis dan Belanda berminat menguasai Melaka untuk mengawal perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.

2. Kekayaan Hasil Bumi dan Sumber Alam

  • Tanah Melayu mempunyai hasil bumi yang banyak seperti bijih timah, bijih besi dan emas.
  • Sabah terkenal dengan sumber alam seperti kayu balak, rotan dan sarang burung.
  • Sarawak pula mempunyai emas, sagu dan kapur barus

3. Penyebaran Agama

  • Kuasa asing mahu menyebarkan agama Kristian ke serata dunia termasuk Tanah Melayu.
  • Raja Portugal menggalakkan pelayaran untuk mengembangkan agama Kristian

4. Revolusi Perindustrian

  • Pada abad ke-18, Revolusi Perindustrian berkembang di Eropah.
  • Sektor perkilangan seperti pembuatan besi dan keluli, pembuatan kereta serta mengetin makanan giat dijalankan.
  • Kuasa asing memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan mereka

5. Kemasyhuran

  • Kuasa asing mahu menempa kemasyhuran untuk diri sendiri dan negara.
  • Kuasa British muncul sebagai penjajah terbesar.
  • James Brooke menguasai Sarawak setelah melihat kejayaan British di Pulau Pinang dan Singapura
 
  Hasil Bumi  
  Hasil yang digali daripada dalam bumi.  
     
 
  Sumber Alam  
  Sumber yang terdapat di permukaan bumi seperti flora dan fauna.  
     
 
  Revolusi Perindustrian  
  Pengilangan barangan secara besar-besaran.