Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Asing

 
4.2 Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Asing
 

Siam

  • Menaungi Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
  • Menghadapi masalah untuk mentadbir negeri-negeri tersebut.
  • (1909) Semua negeri tersebut diserahkan kepada British melalui Perjanjian Bangkok
 

Portugis

  • (1511) Portugis menyerang dan menjajah Melaka.
  • Sultan Melaka cuba merampas kembali Melaka tetapi gagal.
  • (1641) Portugis kalah kepada Belanda.
 

Belanda

  • (1641) Belanda menyerang Portugis di Melaka.
  • Belanda menang dan menjajah Melaka hingga tahun 1824.
  • (1824) Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda
 

British

  • (1786) British menduduki Pulau Pinang.
  • (1824) Melaka diserahkan kepada British oleh Belanda melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.
  • (1826) British membentuk Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
  • (1874) British campur tangan di Perak dan meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu hingga Perang Dunia Kedua.
 

James Brooke dan Keluarga Brooke

  • (1841) James Brooke menguasai Sarawak dan menggunakan gelaran “Rajah Putih”.
  • Selepas kematian beliau, Sarawak terus diperintah oleh keluarga Brooke hingga tahun 1946
 

Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

  • Pada awalnya, SBUB memperoleh hak untuk mengusahakan tanah di Borneo Utara (Sabah).
  • (1881) Setelah mendapat Piagam Diraja kerajaan British, SBUB mentadbir Sabah.
  • Penjajahan SBUB berterusan hingga tahun 1946.
 

Jepun

  • (1942) Jepun muncul sebagai kuasa besar dan berjaya menguasai Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah daripada British.
  • Jepun menyerah kalah kepada British pada tahun 1945.
 

British

  • (1945 - 1957) British kembali menjajah Tanah Melayu
  • (1946) Keluarga Brooke dan SBUB menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada British.
  • British menguasai Sarawak dan Sabah hingga tahun 1963