Kuasa Asing di Tanah Airku

 
4.1 Kuasa Asing di Tanah Airku
 
  Naungan  
  Perlindungan yang diberikan oleh kuasa asing kepada sesebuah wilayah atau negeri.  
     
 
  Ufti  
  Pemberian berbentuk wang, bunga mas dan persalinan oleh negara kecil kepada kuasa besar sebagai tanda mengakui kekuasaannya.  
     
 

Negeri naungan Siam sehingga awal abad ke-20:

  • Perlis
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
 
Bunga Mas dihantar sebagai ufti kepada pemerintah Siam setiap tiga tahun.
 

Bunga Mas : Sepohon pokok bunga yang diperbuat daripada emas dan perak.

 
 
  Campur Tangan  
  Kuasa asing mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri secara langsung  
     
 

Campur Tangan

  • Residen British dilantik untuk membantu pemerintah tempatan mengurus pentadbiran.
  • Campur tangan di Tanah Melayu bermula di Perak oleh British melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874
 
 
 
  Penjajahan  
  Kuasa asing menjadikan sesebuah negeri sebagai wilayah taklukan.  
     
 

Penjajahan

  • Kuasa asing menguasai dan mengawal negeri taklukan untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial.
  • Penjajahan pertama oleh Portugis di Melaka, James Brooke di Sarawak dan North Borneo Chartered Company atau Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah.
 

Kedaulatan negara tergugat akibat campur tangan dan penjajahan kuasa asing.

Banyak perubahan dilakukan oleh kuasa asing untuk kepentingan mereka.