Peranan Bahasa Melayu

 

3.3

Peranan Bahasa Melayu
 

Peranan Bahasa Melayu

  1. Bahasa rasmi
  2. Bahasa perpaduan
  3. Bahasa pendidikan
  4. Bahasa pentadbiran
  5. Bahasa perundangan
  6. Bahasa ekonomi
  7. Bahasa perhubungan
  8. Bahasa persuratan
 

Peranan Bahasa Melayu Masa Dahulu dan Kini

1. Bahasa Pentadbiran

  • Dahulu - Digunakan dalam sistem pentadbiran pada zaman Kesultanan melayu Melaka
  • Kini - Bahasa rasmi dan digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

2. Bahasa Ekonomi

  • Dahulu - Sebagai lingua franca yang memudahkan urusan jual beli di pelabuhan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kini - Menjadi bahasa utama dalam urusan jual beli di negara kita.

3. Bahasa Perhubungan

  • Dahulu - Digunakan dalam perhubungan antara kerajaan Melayu dengan kerajaan luar. Contohnya, surat Sultan Kelantan kepada Wright William Duff.
  • Kini - Sebagai bahasa perhubungan antara masyarakat dan serantau.

4. Bahasa Persuratan

  • Dahulu - Banyak hasil karya agung menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan
  • Kini - Bahasa persuratan yang diiktiraf dunia melalui hasil-hasil karyawan negara

5. Bahasa Perundangan

  • Dahulu - Digunakan dalam naskhah Hukum Kanun Melaka yang merupakan panduan undang-undang dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kini - Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam sistem perundangan negara.

6. Bahasa Pendidikan

  • Dahulu - Digunakan dalam naskhah Hukum Kanun Melaka yang merupakan panduan undang-undang dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
  • Kini - Bahasa utama dalam sistem perundangan negara.
 
 

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi

  • Kedudukannya dimantapkan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
  • Sebagai bahasa rasmi menjadi medium dalam urusan pentadbiran harian
  • Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain dalam urusan harian mereka
 
 

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan

  • Bahasa Melayu sangat mudah difahami dan menjadi medium utama untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat.
  • Aktiviti seperti minggu bahasa kebangsaan, pertandingan deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato antara murid berbilang kaum boleh memupuk perpaduan.
  • Aktiviti ini secara tidak langsung menyatukan bangsa melalui bahasa