Kesetian kepada Raja

 
1.5  Kepentingan Taat Setia Kepada Raja
 

Pengertian

  • Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

  • Walaupun prinsip pertama Rukun Negara berasaskan pengamalan serta penerapan kepercayaan terhadap Tuhan, tetapi prinsip kedua pula adalah berdasarkan kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara.

  • Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara.

  • Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan.

  • Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini  berlaku di Malaysia.

 

Penghargaan Terhadap Institusi Beraja

  • Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Perlembagaan.

  • Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini.

  • Institusi raja perlu dikekalkan kerana:

Institusi raja juga berperanan menjaga kesuciaan kesuciaan agama Islam dan keistimewaan orang Melayu.

Institusi raja juga menjadi lambang perpaduan rakyat jelata / simbolik penyatuan rakyat.

 

  • Berdasarkan sejarah, negara yang mengamalkan sistem beraja lebih stabil berbanding negara yang mengamalkan sistem-sistem pemerintahan yang lain.

Ia merupakan lambang kesetiaan kepada raja; Rakyat menumpukan kesetiaan kepada negara dengan taat setia kepada raja.