08-03: Peranan Tokoh Terbilang

 
8.3 Peranan Tokoh Terbilang
 
 

Sultan

  • Pemerintah tertinggi kerajaan
  • Dibantu oleh bendahara dan laksamana
  • Lambang perpaduan
  • Melantik pembesar yang berkelayakan untuk menjalankan pentadbiran
  • Menentukan hubungan diplomatik
  • Menerima kunjungan pedagang asing
  • Mengetuai angkatan tentera Melaka
  • Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
  • Memastikan keselamatan dan keamanan Melaka terpelihara
  • Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan
 

Bendahara

  • Penasihat sultan dalam urusan pentadbiran
  • Ketua pembesar dalam pentadbiran negeri
  • Pembantu sultan dalam mengembangkan agama Islam
  • Ketua diplomat, ketua hakim dan mengetuai angkatan perang
  • Pemangku sultan semasa sultan gering atau ke luar negara
 

Laksamana

  • Mengetuai angkatan laut Melaka dalam melakukan serangan
  • Mengetuai utusan rasmi ke luar negara
  • Duta bagi Melaka
  • Pengawal peribadi sultan
  • Menjaga keamanan perairan Melaka dan keselamatan pedagang