07-04: Kegiatan Ekonomi Kerajaan Melayu Awal Di Kepulauan Melayu

7.4 Kegiatan Ekonomi Kerajaan Melayu Awal Di Kepulauan Melayu
 
Kerajaan Melayu awal menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan dan laut, perlombongan dan pembuatan.
 
Pertanian

  • Lokasi kerajaan Melayu awal di lembah sungai amat sesuai untuk kegiatan pertanian kerana tanahnya subur.
  • Tanaman yang diusahakan seperti padi, pisang, buah pala dan ubi kayu.
  • Hasil tanaman ini dipasarkan untuk memenuhi keperluan penduduk.
 
Pelabuhan Perdagangan

  • Maju disebabkan lokasi Kepulauan Melayu yang berada di jalan laut perdagangan timur dan barat
  • Pedagang singgah di pelabuhan dan menjalankan kegiatan perdagangan
  • Barangan dagangan utama ialah rempah-ratus seperti lada hitam, bunga cengkih dan buah pala.
 
Hasil Hutan dan Hasil Laut

  • Kaya dengan hasil hutan dan hasil laut
  • Contoh: rotan, sarang burung, kulit penyu, teripang dan mutiara.
  • Permintaan tinggi daripada pedagang.
 
Perlombongan dan Pembuatan

  • Kegiatan perlombongan seperti bijih timah, bijih besi dan emas.
  • Kegiatan pembuatan menghasilkan barang perhiasan, tembikar dan senjata
  • Contoh kerajaan: Kedah Tua, Gangga Nagara dan Santubong