07-03: Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu Awal Di Kepulauan Melayu

 
7.3 Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu Awal Di Kepulauan Melayu
 
 
Hubungan Diplomatik
 
Hubungan yang terjalin antara sebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain.
 
 
Kerajaan Melayu awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan dua negara kuasa besar iaitu China dan India.
 

Politik

Kerajaan Melayu awal menjalinkan hubungan diplomatik bertujuan

  • mendapatkan pengiktirafan
  • menjamin keselamatan bagi mengekalkan kedudukan.
 

Ekonomi

  • Rempah-ratus, bijih timah dan emas  (Kerajaan Melayu Awal ➡️ China & India)
  • Tembikar, sutera dan perhiasan (China & India ➡️ Kerajaan Melayu Awal)
 

Sosial

  • Hubungan diplomatik dapat mengeratkan persahabatan dan hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan sekaligus mewujudkan keamanan di Kepulauan Melayu